,
Berita

Kes Zayn Rayyan: Pengasuh Bersama Dua Individu Dipanggil Polis

Gempak
03/06/2024
05:33 MYT
Rentetan penahanan ibu bapa arwah Zayn Rayyan baru-baru ini, tiga individu termasuk pengasuh kepada kanak-kanak yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan.

Pengasuh, dua individu ditahan

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tiga individu berkenaan dipanggil di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.
"Selain pengasuh, dua lagi yang direkod keterangan adalah ahli keluarga kepada pengasuh itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu Bapa Ditahan Reman 7 Hari - KP Selangor

"Ini merupakan sebahagian daripada proses siasatan, beberapa saksi lain juga mungkin akan dipanggil sekiranya ada keperluan untuk membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

​ARTIKEL BERKAITAN: Risikan Dilakukan Selama 6 Bulan Sejak Hari Pertama Arwah Zayn Rayyan Didapati Meninggal Dunia

Sebelum ini, media melaporkan pihak polis merampas telefon bimbit ibu dan bapa mangsa bagi membantu siasatan.

​ARTIKEL BERKAITAN: Belum ada tangkapan lain selepas ibu bapa Zayn Rayyan direman - KPN

Terdahulu, polis menahan ibu bapa Zayn Rayyan di sekitar kawasan Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi, Jumaat sebelum direman selama tujuh tujuh hari di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Sabtu.
Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Sumber: Sinar Harian

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

Padah Sembunyi Mayat Bayi Dalam Mesin Basuh Sebelum Tanam, Pengasuh Indonesia Didenda RM10,000

gempak
17/09/2024
23:56 MYT
Tindakan seorang pengasuh warga Indonesia menyembunyikan mayat bayi lelaki dalam mesin basuh sebelum menanam anaknya itu mengundang padah apabila Mahkamah Majistret Kangar menjatuhinya hukuman denda RM10,000.
Berita

Kematian Al Fateh: Pengasuh Menangis Teresak-Esak Di Kandang Tertuduh

gempak
13/09/2024
04:24 MYT
Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.