,
Hiburan

Kes Saman Fitnah Siber, Emelda Rose Enggan Mediasi Dengan Zarina Anjoulie

Amri Hassan
15/01/2021
01:50 MYT
Pelakon Emelda Rose menerusi sebuah kenyataan media pada Khamis telah menolak saranan mahkamah untuk menyelesaikan krisis undang-undang melalui proses mediasi dengan pelakon Zarina Anjoulie Lavocah.
BACA: Jatuhkan Reputasi, Zarina Anjoulie Tuntut Permohonan Maaf & Pampasan Sehingga RM4 Juta Terhadap 2 Pelakon Ini!
BACA: Emelda Fail Saman, Tuntut Ganti Rugi Lebih RM1 Juta Terhadap Zarina Anjoulie
Defendan Emelda Rose didakwa telah memfitnah, melakukan pembulian siber dan penyerangan reputasi terhadap usahawan media sosial yang terkenal melalui kerja amalnya itu.
Pada 15 Oktober 2020, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah mencadangkan agar kedua-dua pihak menjalani proses mediasi. Zarina Anjoulie telah mengusulkan kepada Emelda Rose pada 19 November 2020 agar proses tersebut diadakan pada bulan Januari, Februari atau Mac tahun ini.
Namun, defendan Emelda Rose menjawab melalui peguamnya pada 25 November 2020 bahawa dia enggan mengambil bahagian dalam proses mediasi untuk mencapai penyelesaian dan menyelesaikan krisis undang-undang bagi kedua-dua pihak pada peringkat ini.
"Kami berharap semuanya berjalan lancar seperti yang dicadangkan mahkamah dan kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian.
"Namun, kerana Emelda Rose tidak mahu meneruskan mediasi, nampaknya kes ini akan melalui bicara penuh dan kami pasti akan memberikan yang terbaik untuk anak guam sewaktu perbicaraan di mahkamah nanti,” kata peguam Zarina Anjoulie, Wan Azmir Wan Majid dari firma guaman NHA Advocates And Solicitors.
Beliau dibantu oleh Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zukifli.
Kes fitnah siber tersebut telah diluluskan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dimohon oleh peguam Emelda Rose.
“Ini adalah kali kedua Emelda memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. Kali pertama ianya diajukan, Zarina Anjoulie tidak membantah, tetapi permohonan tersebut ditarik balik oleh defendan Emelda Rose setelah permohonan dibuat bagi alasan yang hanya diketahui oleh beliau.
"Setelah itu, permohonan tersebut diajukan kembali, dan sekali lagi, kami tidak keberatan menurut kemahuan pihak Emelda Rose tetapi kali ini kami memohon agar kos pindahan dibayar oleh defendan,” tambah Wan Azmir Wan Majid.
Pada minggu ini, mahkamah telah memerintahkan defendan Emelda Rose untuk membayar kos kepada Zarina Anjoulie bagi membolehkan kes sivil tersebut untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Pengurus krisis Zarina Anjoulie, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations And Communications mengesahkan bahawa Zarina terbuka untuk menyelesaikan krisis undang-undang tersebut melalui proses mediasi dan usahawan tersebut akan mengikut nasihat dari barisan peguam yang telah dilantik bagi tindakan selanjutnya.
"Zarina Anjoulie tetap komited bagi memulihkan imej, reputasi dan jenama peribadinya," kata Saiful Ridzuan.
Usahawan selebriti itu menyaman Emelda Rose pada tahun lepas setelah beliau didakwa difitnah oleh pelakon tersebut di aplikasi Telegram dan akaun media sosial. Zarina menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi untuk mengelakkan defendan Emelda Rose memfitnahnya di masa depan.
Selain itu, Zarina mahu permohonan maaf dalam tetapan awam disiarkan di media cetak dan akaun media sosial Emelda Rose.
Wan Azmir Wan Majid, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zuklifli juga mewakili Zarina Anjoulie Lavocah bagi saman fitnah sibernya terhadap Amyza Aznan dan Fara Mendoza.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar