,
Hiburan

Kes Rogol: Da'i Syed Tarik Balik Rayuan

Gempak
04/07/2024
01:52 MYT
Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas.

BERITA TRENDING: Isu Palestin, Dai Syed Mohon Maaf Lukis Darah Pada Wajah Isteri

Peguam Johan Radzi memaklumkan kepada Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu Syed Shah Iqmal tidak mahu meneruskan rayuan dan ingin menarik balik rayuan berkenaan.
"Perayu sebelum ini telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan perayu daripada pertuduhan merogol.
"Perayu sudah membela diri atas pertuduhan berkenaan dan keputusan di akhir kes pembelaan ditetapkan pada Ogos ini. Rayuan perayu kini bersifat akademik,” kata peguam itu yang memaklumkan bagi pihak peguam utama perayu Syed Amirul Syed Edros, yang tidak dapat hadir pada prosiding hari ini kerana hal kecemasan.

BERITA TRENDING: "Kami Sampai..." - Isteri Akui Rumah Tangga Pernah Goyah Berikutan Kontroversi Rogol Da'i Syed

BERITA TRENDING: “Saya Bukan Malaikat…” - Hana Ismail Sebak, Akui Terkesan Dakwaan Gugur Kerana Kifarah

BERITA TRENDING: Kongsi Video Menangis Ketika Di Tahanan, Da’i Syed Akhirnya Syukur Sudah Bebas Dari Pertuduhan - “Setelah 3 Tahun Saya Berjuang…”

BERITA TRENDING: Beza Usia 9 Tahun Bukan Halangan Da’i Syed Nak Nikah Hana Ismail - “Saya Agak Nakal-Nakal Sikit, Dia Pula…”

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Aznee Salmie Ahmad berkata, rayuan Syed Shah Iqmal tidak lagi kompeten, berikutan perayu sudah membela diri.
Pada prosiding itu, Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk S M Komathy Suppiah, membatalkan rayuan berkenaan.
Menerusi semakan sistem mahkamah, kes itu ditetapkan untuk keputusan pada 30 Ogos di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Norazlin Othman.
Pada 10 April tahun lepas, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal, 28, daripada pertuduhan merogol selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 1.35 malam, pada 11 Sept 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.
Sumber: Bernama melalui Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.