,
Laman Utama

Kes Rasuah: Rosmah Mansor Menangis, Mohon Belas Ihsan Mahkamah – “Anda Mahu Keluarga Saya Menderita…”

Awani
01/09/2022
08:24 MYT
Suasana mahkamah bertukar hening apabila Datin Seri Rosmah Mansor, yang baru didapati bersalah atas tiga pertuduhan melibatkan projek solar di Sarawak, menitiskan air mata sambil memohon diringankan hukuman ke atasnya.
Tanpa sebarang teks, isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak itu mendakwa beliau merupakan mangsa keadaan dan tidak sepatutnya menanggung hukuman atas jenayah yang dilakukan orang lain.
Dari kandang tertuduh, Rosmah memberitahu mahkamah ada pihak lain yang masih bebas, sedangkan beliau langsung tidak mengetahui berhubung urus niaga dengan Jepak Holdings.
“Apa yang berlaku kepada saya boleh berlaku kepada anda, anak-anak anda, atau cucu anda di kemudian hari. Anda telah melakukan perkara ini kepada suami saya dan anda mahu keluarga saya menderita,” katanya lagi.
Rosmah turut mendakwa, beliau kini terpaksa menjadi ketua keluarga memandangkan Najib telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta baru-baru ini, berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Dalam pada itu, Rosmah turut memberitahu, beliau tidak pernah walaupun satu sen duit dari projek solar hibrid tersebut.
Bahkan, jelas Rosmah, beliau bukan sahaja mengasaskan Yayasa Permata tetapi juga menerajui banyak badan bukan kebajikan lain sewaktu suaminya masih menjadi Perdana Menteri dengan dana yang dikumpul mencecah jutaan Ringgit.2
“Tidak pernah sesekalipun saya berniat untuk menyeleweng dana-dana ini,” katanya lagi.
Selain itu Rosmah berkata, beliau tidak pernah sesekali mempengaruhi suaminya dalam urusan pentadbiran kerajaan.
Ketika ini mahkamah sedang berehat seketika sebelum Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan hukuman dan penangguhan hukuman terhadap Rosmah.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.