,
Hiburan

Kes Pukul Pengawal Keselamatan, Lan Pet Pet Akhirnya Mengaku Bersalah - Didenda RM2000

Hanafis Haris
15/04/2019
07:41 MYT
Pelakon dan pelawak, Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet telah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban, hari ini.
Hukuman itu dibuat selepas Lan Pet Pet mengaku bersalah memukul seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, Nilai pada 6 April lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, hukuman dijatuhkan sebaik pelawak berasal dari Kedah itu mengaku salah di atas pertuduhan dikenakan terhadapnya.
Jelas Mohd Nor, kes berkenaan juga dianggap selesai kerana pelakon ini sudah dihadapkan di mahkamah dan didenda.
Pada yang tidak mengikuti perkembangan isu ini, pada 7 April lalu seorang pengawal keselamatan berusia 70 tahun cedera diperlakukan pelawak terbabit di perkarangan pondok pengawal di taman perumahan Acacia Park Desa Jati, Nilai.
Polis kemudian bertindak menahan pelawak berkenaan pada hari sama tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Viral

Wanita Pilu Lihat Kucingnya ‘Terseksa’ Ditembak Pengawal Keselamatan - “Kan Boleh Halau Pakai Air…”

gempak
03/08/2024
08:55 MYT
Seorang wanita meluahkan perasaan sedih dan kecewa selepas kucingnya didakwa ditembak oleh seorang pengawal keselamatan sebuah bangunan baru-baru ini.
Viral

Aney Tular ‘Fight One By One’ Kini Sudah Jadi Influencer? Jom Baca Fakta Menarik Tentang Dirinya!

gempak
27/06/2024
09:55 MYT
Seorang lelaki berbangsa India yang sebelum ini viral kerana video tularnya bergaduh dengan seorang pemilik kedai runcit awal Jun lalu, kini aktif mempromosikan restoran dan kedai makan di sekitar Bentong, Pahang.
Terkini

Leha Papar Realiti Kerjaya Pengawal Keselamatan

gempak
05/04/2024
12:55 MYT
Pengarahnya, Azaromi Ghozali berkata, dia tertarik untuk menghasilkan filem Leha kerana ia dilihat sebagai tanggungjawab sosial sebagai warga tempatan.
Terkini

Pengawal Keselamatan Jumpa RM500K Dapat Anugerah Daripada Majikan

gempak
24/03/2024
04:55 MYT
Pengawal keselamatan yang menemui beg berusi wang tunai lebih RM500,000 tempoh hari menerima anugerah daripada majikannya, A5 Security Service.