,
Laman Utama

Kes Pengkid Berihram Lelaki Di Makkah Dah Selesai Rupanya Sebulan Lepas, Netizen; "Sajat Dah Boleh Balik Jumpa Anak"

Amri Hassan
30/09/2022
05:25 MYT
"Kes sudah selesai hampir sebulan lalu selepas pihak kita mengambil keterangan serta semua maklumat berkaitan dengan kehadiran bersama ibu serta bapanya," demikian kata Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin merujuk kepada kes wanita berpakaian ihram lelaki di Makkah sekitar Ogos lalu.
Memetik laporan media tempatan, kes terbabit telah diselesaikan secara baik menerusi penyelesaian luar mahkamah sejak hampir sebulan lalu.
"Alhamdulillah mereka berikan kerjasama amat baik.
"Wanita itu sudah selesai berikan kenyataannya kepada kita. Insya-Allah kita ada cara tersendiri bagaimana hendak menangani kes seumpama ini," tambah Mohd Yusop.
Ditanya mengenai tindakan susulan terhadap wanita berkenaan, Mohd Yusop berkata, JAIPk menggunakan pendekatan tersendiri antaranya membabitkan sesi kaunseling.
"Tidak semestinya dalam kita mencegah sesuatu, ia perlu bersifat suatu hukuman, tangkap, apatah lagi mendera kerana ada kaedah lain yang boleh kita buat tambahan pula dia dan keluarganya berikan kerjasama sangat baik dengan datang sendiri kepada kita.
"Mudah-mudahan dia sedar kesilapan yang dilakukannya serta insaf. Pada saya jika dia tidak insaf dan rasa bersalah, dia takkan datang pun kepada kita sebaliknya mereka datang dengan sukarela," katanya.
Sementara itu, meninjau di beberapa platform media sosial termasuk salah satu pengendali akaun Instagram popular, @jabatannetizennegara, ramai yang berkongsi pandangan peribadi terhadap isu tersebut.
"oo Sajat boleh balik la dah kot jumpa anak dia sebab tak ada hukuman bagai," tulis salah seorang warganet.
"Orang kita ni sangat pemaaf. Bagi peluang kedua, ketiga. Tapi berapa ramai ambil manfaat peluang itu?
"Bagaimana dengan umrahnya? Wajib bayar dam 1 ekor kambing atau unta di Makkah kan?
"Leaps ni ramailah pergi umrah macam tu.
"Fuhhh... seram. Nanti, boleh lah guna pakai pd kes tangkap khalwat pulak ye. Jgn sebat, jgn denda, jgn tangkap. Nasihat dan lepas.
"Yang mcm ni terlepas, perempuan 19 thn defend diri dari diperkosa hukuman gantung allahuakhbar," demikian tulis beberapa pemilik akaun media sosial lain.
Kes berkenaan menjadi tular Ogos lalu apabila wanita berkenaan yang berada di Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki dan didakwa menggunakan visa pelancong dan bukan menerusi khidmat agensi bagi mengerjakan umrah.
Sumber: Harian Metro, Jabatan Netizen Negara
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar