,
Laman Utama

“Kes Dianggap Sebagai Gangguan Seksual” - Bapa Ain Saman Balas Guru RM5 Juta! #FreeAin Trending, Siap Ada Petisyen Untuk….

Hanafis Haris
07/08/2021
01:39 MYT

Jika sebelum ini Malaysia dikejutkan pendedahan pelajar perempuan, Ain Husniza Saiful Nizam yang menerima surat tuntutan saman RM1 juta daripada guru yang didakwanya bergurau mengenai rogol.

Namun, hari ini bapa kepada pelajar tersebut merancang menyaman balas guru terbabit dengan jumlah sehingga RM5 juta.

Menerusi laporan Berita Harian, perancangan saman balas itu dinyatakan oleh peguam Ain, Datuk Sangkara Nair.

Sangkara berkata, tindakan itu adalah satu bentuk tindakan sivil mengikut Undang-Undang Sivil 1956 (Akta 67) selepas Ain menghadapi kemurungan dalam konteks sengaja mencetuskan tekanan emosi (IIED), susulan kes itu yang dianggap sebagai satu gangguan seksual.

"Hari ini, Ain dan bapanya akan memberi keterangan kepada pegawai penyiasat dan setakat ini kita masih belum tahu apa yang bakal ditanya termasuk seksyen siasatan itu dijalankan.

"Namun selepas itu kita akan mengambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk menyelamatkan Ain," katanya ketika mengiringi Ain dan bapanya Saiful Nizam Abdul Wahab di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, di sini, petang tadi.

Sangkara berkata, seperti sedia maklum guru berkenaan mengemukakan saman sebanyak RM1 juta terhadap Ain dan bapanya sebelum dia mencadangkan kepada bapa Ain untuk mengemukakan saman balas.

Sementara itu, menerusi pemantauan Gempak di Twitter, sebahagian netizen tampil menyokong tindakan dilakukan pihak keluarga Ain.

Malah, sejak semalam tanda pagar #FreeAin telah mula trending dan sehingga artikel ini ditulis seramai 11,000 pengguna menggunakan #FreeAin.

Tidak kurang juga yang memuka petisyen untuk membebaskan Ain daripada tindakan undang-undang

Sekadar info, pada 24 April lalu, media melaporkan seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor, didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol dalam sesi pendidikan itu.

BACA: Guru Saman Ain Husniza RM1 Juta, Ramai Tak Puas Hati! – “Cikgu Yang Buat Lawak Rogol Patut Dikenakan Tindakan, Tapi….”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar