,
Laman Utama

Kes Dakwaan Pukul Bekas Isteri, Radhi OAG Syukur Dapat Selesai Dengan Cara Baik - “Memang Dari Mula Saya Nak…”

Asyikin Mayudin
21/06/2023
08:34 MYT
Penyanyi Radhi OAG melahirkan rasa syukur apabila kes dia didakwa memukul bekas isterinya iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri dapat diselesaikan secara baik.
Radhi ketika ditemu bual pemberita di Mahkamah Majistret Petaling Jaya memberitahu dia dan bekas isterinya mengambil keputusan untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa melalui perbicaraan yang lebih panjang.
“Alhamdulillah, seperti yang saya bayangkan sebab memang dari mula saya nak kes ini ditarik balik. Lagi panjang lagi banyak masa terbuang. Jadi, kami bersepakat la untuk selesai dengan cara baik.
“Apa yang terjadi itu, Al-fatihah… kami teruskan kehidupan sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kami. Mana yang penting, kami utamakan. Maksudnya hal ehwal yang berlaku itu just be gone by gone.
“Kita mulakan hidup baru, saya sebagai bapa dan dia sebagai ibu kepada anak-anak kami. Bab husband and wife, Al-fatihah,” jelas Radhi menerusi video yang dikongsikan di Instagram rasmi Hlive.
Radhi turut berkata apa yang berlaku antara dia dan bekas isteri itu hanyalah salah faham dan enggan mengulas lebih lanjut perkara tesebut.
“Dari mula saya tak ada masalah, saya dan ibu, kakak dia baik saja termasuk semua keluarganya. Cuma ada sedikit salah faham. Hal ehwal saya mengasari itu pun ada salah faham. Saya tak bersalah, sebab itu saya nak pertahankan.
“Biasalah hal ehwal ini, saya tak nak buka cerita. Alhamdulillah berkat doa peminat-peminat semuanya selesai,” katanya lagi.
Sementara itu, Radhi turut memaklumkan dia tidak pasti mengenai tuntutan lain daripada bekas isteri namun sudah menawarkan tempat tinggal untuk didiami anak-anak mereka.
“Tuntutan lain tu saya tak tahu lagi. Tapi saya ada tawarkan tempat tinggal, itu saja yang saya mampu buat sementara ini. Yang lain tak berani cakap, nak bagi dia RM30,000 itu… Insya-Allah boleh diusahakan.
“Yang penting anak-anak, makan minum dan tempat tinggal mereka. Saya masih tunggu keputusan Ayu sama ada dia terima atau tak tempat tinggal yang saya tawarkan,” katanya.
Terdahylu, mengikut pertuduhan, Radhi, 46, dengan sengaja mencederakan bekas isterinya, Nur Shaira Ayu pada 19 April lalu sekitar jam 2.29 petang di Emporis Damansara, Kota Damansara.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak lebih satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 itu dikurniakan dua cahaya mata, Nur Aisyah dan Muhammad masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Cikgu Ayu Menangis, Dakwa Dirinya Dibuli Pihak Atasan - “Aku Dah Berhenti, Dia Masih…”

gempak
02/02/2024
07:00 MYT
Seorang pempengaruh media sosial, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Ayu tidak dapat menahan kesedihan ketika menceritakan tentang tindakan seorang individu yang didakwa mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Laman Utama

Bekas Isteri Tolak Tawaran Tempat Tinggal, Mahu Radhi OAG Tunai Janji Untuk Beri RM300,000 - “Kalau Dia Tarik Balik Persetujuan Itu, Saya Akan…”

gempak
21/06/2023
22:50 MYT
Harap semuanya selesai dengan baik.
Laman Utama

“Jika Kamu Rasa Ujianmu Sebesar Kapal, Ketahuilah…” - Ayu Raudhah Beri Semangat Kepada Zaquan Adha

gempak
08/06/2023
07:55 MYT
Semoga cepat sembuh Zaquan Adha!
Laman Utama

Tiada Sempadan Lontaran Suara! Aru Peruzza, Radhi OAG & Fathul Spiral Kinetic Circus Reunion Dalam Pekik

gempak
01/04/2023
13:56 MYT
Best!
Laman Utama

[VIDEO] Radhi OAG Tolak Kereta Rosak Tengah Jalan Raya Dipuji - “Menolong Dalam Keadaan Payah & Tanpa Mengenali”

gempak
26/03/2023
23:55 MYT
Bagusnya Radhi ni...