,
Laman Utama

Kes Covid-19 Meningkat, Semua Sekolah Seluruh Negara Tutup Bermula Esok!

Fiza Kamarudin
08/11/2020
04:36 MYT
Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin menerusi sidang media khas pagi tadi (Ahad) mengumumkan semua sekolah termasuk kolej vokasional seluruh negara ditutup bermula esok, sehingga hari akhir persekolahan pada tahun ini.
Keputusan tersebut dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berikutan peningkatan kes Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
KPM turut menutup semua sekolah di Perlis, Kelantan, Pahang dan Sarawak mulai 9 November hingga 17 Disember.
Sementara itu bagi sekolah Kumpulan A, sesi persekolahan akan ditutup sehingga 17 Disember dan 18 Disember bagi negeri Kumpulan B.
Tambah Radzi lagi, tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah dipinda dan akan bermula 22 Februari tahun depan manakala peperiksaan STPM akan bermula 8 Mac 2021.
Perincian mengenai semua peperiksaan awam itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Katanya, langkah itu diambil bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini.
"Penggal persekolahan bagi tahun 2021, akan bermula pada 20 Januari dan murid sekolah rendah akan memulakan sesi pembelajaran pada tarikh itu.
"Manakala bagi sekolah menengah dan Kolej Vokasional juga akan memulakan pengajian pada tarikh yang sama," katanya.
Sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang penutupan sekolah akan dilaksanakan secara home based learning dan pelajar di asrama perlu dibawa pulang ibu bapa, katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha

gempak
16/04/2024
07:55 MYT
Fasha terkilan ada segelintir orang sekelilingnya tidak tanya khabarnya.
Hiburan

Fasha Sandha Kecewa Netizen Anggap Covid-19 Hanya Demam Biasa - “Sebab Ramai Masih Fikir Macam Ini, Sebab Itu…”

gempak
13/04/2024
06:55 MYT
Covid masih virus yang bahaya.
Hiburan

Hati Fasha Sandha Hancur Plan Raya Di Perlis Tak Jadi Gara-Gara Dijangkiti Covid - “Kau Tahu Kau Tak Sihat, Tetap Keluar Beraya”

gempak
12/04/2024
06:32 MYT
Doakan Fasha cepat sembuh.
Laman Utama

“Semoga Anwar Ibrahim Pandang Kesengsaraan Rakyat Yang Menjadi Mangsa Ujikaji Vaksin” - Rita Rudaini

gempak
05/01/2023
06:00 MYT
Semoga yang terbaik untuk Malaysia
Laman Utama

Novelis Popular Siti Rosmizah Positif COVID-19, Kini Kritikal Di ICU

gempak
01/01/2023
07:00 MYT
Semoga diberikan kesembuhan