,
Berita

Kes Cabul- Pertahankan Bakal Isteri, Ahya Rosli Bakal Disaman

Syafiqah Jalal
01/08/2018
11:31 MYT
Gara-gara mahu mempertahankan bakal isteri, pelakon Ahya Rosli bakal diheret ke mahkamah di atas tuntuan saman malu berhubung kes cabul.
Ahya, 31, berkata lelaki yang mahu menyamannya itu difahamkan tidak berpuas hati dengan tindakannya menularkan kejadian cabul yang berlaku terhadap bekas isterinya April lalu di Menara AIA Jalan Ampang sehingga mengakibatkan lelaki tersebut dipecat.
“Ya, saya memang ada menerima notis daripada pihak peguam yang memaklumkan mengenai kes saman fitnah tersebut.
“Menurut notis itu, saya diminta hadir ke mahkamah di Jalan Duta pada Januari hadapan untuk memulakan prosedur perbicaraan,” akuinya.
Mengulas lanjut, Ahya bagaimanapun tidak gentar dengan saman yang telah difailkan dan sedia untuk dibicarakan kerana yakin dia berada di pihak yang benar.
Tegasnya, insiden dialami bakal isterinya adalah isu serius dan tidak boleh diambil mudah oleh sesiapa jua.
“Apatah lagi individu yang menjadi mangsa adalah bakal isteri saya sendiri. Takkan saya nak duduk diam?
“Tindakan saya memaklumkan mengenai kejadian itu pada laman sosial bertujuan memberi peringatan dan amaran kepada umum.
“Kebetulan setelah tular, beberapa pekerja wanita tampil menyuarakan bahawa mereka turut mengalami pengalaman serupa,” tambahnya lagi.
Sumber: Utusan Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.