,
Hiburan

Kertas Siasatan Ruhainies, Aliff Aziz Sudah Diserahkan Kepada Pihak Pendakwaan

Gempak
16/03/2024
04:00 MYT
Kertas siasatan berhubung tangkapan khalwat membabitkan pelakon, Ruhainies dan Aliff Aziz sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya, pada Khamis.

BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Aliff Aziz Mohon Maaf - “Sepatutnya Tunggu Di Lobi, Tak Terfikir…”

BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Ruhainies Tampil Cerita Kronologi - “Hanya Ajak Makan Bersama Keluarga, Tak Buka Pintu Sebab…” Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, proses selanjutnya adalah pendakwaan ke atas kedua pelakon itu.
"JAWI melalui Bahagian Penguatkuasaan sudah pun melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu dan dipanjangkan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut. Tindakan dibuat adalah mengikut undang-undang," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan JAWI tidak berkompromi dalam soal tangkapan khalwat membabitkan pasangan pelakon itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, pihaknya kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian yang berlaku di sebuah kondominium mewah di sini, Sabtu lalu.
Sebelumnya, Mohd Na'im dilaporkan berkata, serbuan khalwat yang dilakukan JAWI bukan gimik atau sesuatu tindakan untuk mempromosikan mana-mana pihak termasuk selebriti, sebaliknya dilakukan mengikut prosedur undang-undang yang sudah ditetapkan.
Mohd Na'im menegaskan perbuatan maksiat tetap maksiat dan ia sama sekali tidak boleh dipromosikan selain berkhalwat juga adalah kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

BERITA TRENDING: ​JAWI Tak Akan Lengahkan Siasatan Kes Khalwat Aliff Aziz, Ruhainies

Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.