,
Berita

Keropok Beracun: Lelaki Dipercayai Pemilik Pebun Direman Enam Hari

Gempak
11/07/2024
03:25 MYT
Seorang lelaki direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak yang disyaki makan keropok beracun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di sini pada Khamis.
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 33 tahun dipercayai pemilik kebun dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Mirza Mohamad bermula 11 hingga 17 Julai depan.

Keropok beracun

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang daripada dua beradik yang termakan keropok disyaki bercampur racun meninggal dunia pada pagi Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran Telefon Minta Maaf, Beritahu Anak Dia Yang Letak Racun

ARTIKEL BERKAITAN: 2 Beradik Koma Makan Keropok Beracun Tikus, Ibu Belum Terfikir Ambil Tindakan Terhadap Jiran

ARTIKEL BERKAITAN: Ratusan Katak Berharga RM4,700 Seekor Ditemui Stress & Kurang Gizi, Cuba Diseludup

ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: Wanita Ini Tak Sedar Masak Cendawan Beracun, Suami Lemah Longlai Lepas Jamah Lauk Makan Tengah Hari

ARTIKEL BERKAITAN: 3 Produk Kosmetik Dikesan Beracun! Buah Pinggang Boleh Rosak & Otak Kanak-Kanak Pun...

Jenazah Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling pada jam 9.45 malam hari yang sama.
Manakala adiknya, Muhammad Luth, 2, dilaporkan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Terdahulu, media melaporkan, dua kanak-kanak itu kritikal selepas termakan keropok disyaki bercampur racun yang digantung di pagar dawai besi dekat kebun tidak jauh dari rumah mereka.

Perbuatan itu dilakukan pemilik kebun dipercayai bagi tujuan menghalau haiwan liar yang berkeliaran dan mengganggu tanaman yang diusahakan mereka.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Jiran Telefon Minta Maaf, Beritahu Anak Dia Yang Letak Racun

gempak
10/07/2024
07:25 MYT
Jiran kepada dua beradik yang kritikal selepas makan keropok yang disyaki mengandungi racun tikus ada menghubungi ibu kepada mangsa pada malam Selasa.