HIBURAN
Kereta Rosak, Cermin Pecah! Faye Kusairi Nafi Berhutang Dengan Ah Long - "Janganlah Buat Spekulasi"
Pelakon, Faye Kusairi menolak dakwaan bahawa kenderaan miliknya yang mengalami kerosakan yang teruk disebabkan isu hutang Ahlong.
Menerusi perkongsian di Instagram, Faye yang juga pemilik gerai Nasi Ayam memuat naik foto kenderaan jenis Proton Exora miliknya yang mengalami kerosakan teruk, termasuk cermin hadapan dan cermin sisi kanan bahagian penumpang yang pecah.
Menurut aktres yang terkenal pengan drama 7 Hari Mencintaiku itu, kejadian tersebut bukan disebabkan hutang, sebaliknya berlaku akibat runtuhan bumbung balkoni di tingkat tiga kondominium jirannya.
Dia juga meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang tuduhan tidak berasas mengenai kejadian yang menimpanya.
“Janganlah membuat spekulasi. Bagi yang menyatakan saya berhutang dengan Ahlong atau dikhianati, tolong hentikan.
“Saya ini jenis manusia yang lambat bertindak, apatah lagi mahu mengganggu orang, membuat onar, atau melakukan kejahatan. Saya betul-betul hanya menjaga urusan sendiri, sebab itu ada yang kata saya membosankan.
“Sekitar jam 4 petang tadi, salah satu bumbung balkoni di tingkat 3 kondominium kami roboh (kemungkinan besar disebabkan kayu bumbung yang reput atau sudah lama).
“Akibatnya, semua serpihan konkrit dan kayu berat itu jatuh menimpa kereta saya serta sebuah lagi kereta milik jiran,” tulisnya.
Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil turut meluahkan kekecewaannya kerana kenderaan tersebut merupakan kemudahan utama yang digunakan oleh keluarganya untuk urusan harian.
“Saya sedihlah. Dah dekat raya, banyak duit nak pakai, shooting pun lambat lagi nak masuk set baru. Niaga pun sendu sepanjang Ramadan ni. Ye lah, nasi ayam ni bukan jenis makanan untuk ‘dinner’, lebih sesuai untuk lunch.
“Mana lagi kereta ni saya guna untuk cari rezeki, hantar anak ke sekolah, balik kampung, berjalan ke sana sini. Sedihlah, tapi saya redha,” jelasnya.
Bagaimanapun, dia memohon doa yang baik-baik daripada orang ramai dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraannya.
“Jadi, doakan yang baik-baik saja, ya. Walaupun ramai yang sudah mendoakan, saya tetap ingin mengucapkan terima kasih.
“Kami akan baik-baik saja. Aku cuma sedih sekejap tadi, lepas itu sudahlah. Tak ada masa nak bersedih dan murung terlalu lama,” katanya.
BERITA BERKAITAN: “Tak Upload Gambar Suami Pun Kena Fitnah, Jagalah Tepi Kain Sendiri” - Faye Kusairi Nasihat Jangan Busy Body Hal Orang
BERITA BERKAITAN: "Kenapa Tiket Flight Balik Sarawak Auto Extra Mahal Bila Nak Balik Raya?" - Faye Kusairi
BERITA BERKAITAN: Nasi Ayam Habis Awal, Faye Kusairi Menangis
BERITA BERKAITAN: Faye Kusairi Kini Berniaga Nasi Ayam Tepi Jalan, Terharu Azza Elite Datang Support - “Berbunga Hati Kita”
Must-Watch Video