,
Viral

Kereta Kemalangan Langgar Minyak Atas Jalan, Netizen Salahkan Geng Towing - “Modus Operandi Dah Boleh Baca”

Firdaus
16/05/2024
05:55 MYT
“Malang tidak berbau,” itulah pepatah sesuai digambarkan dalam nasib seorang pengguna jalan raya apabila dirinya terpalit dalam satu kemalangan disebabkan perbuatan keji pihak tidak bertanggungjawab.

"Ada orang tuang minyak lagi di jalan raya...

Menerusi rakaman papan pemuka (dashboard) kereta yang dimuat naik ke media sosial, difahamkan kenderaan pengguna jalan raya itu hilang kawalan selepas terlanggar minyak yang dituangkan ke atas jalan raya.
“Kalau jalan dari Andalas atau hospital besar menghala ke Klang, ingat bawa perlahan-perlahan. Sekarang ada orang tuang minyak lagi di jalan raya,” tulis netizen.

Netizen Syak Geng Towing

Susulan penularan entri itu, rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati serta menuduh pekerja tunda kereta (towing) yang menggunakan modus operandi berkenaan bagi mencapai keuntungan walaupun membahayakan nyawa orang awam.
“Tiba-tiba ada towing datang acah-acah nak bagi pertolongan tanpa ada orang telefon pun. Modus operandi dah boleh baca, patutnya mereka ni yang kena tangkap,”
“Semoga celakalah hidup orang yang aniaya orang sampai membahayakan nyawa ni,”
“Bagi mereka orang kemalangan itu rezeki. Celaka lah hidup dia.”

Harap Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Selain itu, ada juga yang meminta supaya pihak berkuasa memperketatkan undang-undang di kawasan Klang lantaran kepada kes-kes jenayah yang semakin meningkat di kawasan berkenaan.
“Pihak berkuasa dah boleh mula pantau kawasan Klang ni,”
“Aduh dah lah kadang lalu sini lewat malam, makin menjadi Klang ni,”
“Pihak berkuasa patut ada skuad jalan malam-malam ni.”

BERITA TRENDING: Polis Tahan Pemandu Mabuk Langgar Atlet Kayak Hingga Parah

Sekadar info, tiada info lanjut dan kenyataan yang dibuat daripada pihak berkuasa berkaitan kes itu.
Setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih lebih 300,000 tontonan di Platform X.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.