,
Laman Utama

Kereta Ikmal Amry Hilang Kawalan, Terbalik 8 Kali

Amri Hassan
04/09/2022
02:50 MYT
Pelakon Ikmal Amry meluahkan rasa syukur terselamat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke Melaka pada petang Sabtu.
Kongsi Ikmal, ketika kejadian, dia bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan balik ke kampung dan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum terlanggar sebuah kereta lain lagi.
“Allah uji saya dan nak ganti yang lebih baik. Kereta saya hilang kawalan dan terbalik sebanyak lapan kali.
“Saya dalam perjalanan ke Melaka untuk balik kampung. Ketika saya mahu ubah laluan ke kanan, saya terlanggar sebuah kereta hingga hilang kawalan.
“Alhamdulillah saya sekeluarga semua okey. Tidak mengalami sebarang luka, cuma mengalami sakit-sakit badan sahaja,” katanya.
Ikmal atau nama penuhnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali bersyukur apabila dia sekeluarga tidak mengalami kecederaan teruk.
Menurut Ikmal, kemalangan terbabit adalah satu mimpi ngeri dan bersyukur Tuhan masih panjangkan usia dia sekeluarga.
"Mimpi ngeri yang tak sanggup saya lalui tapi terjadi. Pahit untuk ditelan, tapi pengalaman yang menjadi pengajaran.
"Alhamdulillah kami sekeluarga selamat. Allah masih bagi peluang," katanya.
Melalui perkongsian di Instagram miliknya, Ikmal berkongsi beberapa keping gambar dan video menunjukkan keadaan kereta yang dipandunya terbalik di tengah jalan raya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.