,
Laman Utama

Kerap Sebut Masya-Allah & Simpan Janggut Panjang, Penonton MLS 2 Perhati Perubahan Nabil Ahmad! Rupa-Rupanya...

Asraf Aided
07/03/2021
00:45 MYT
Seorang pengguna Facebook bernama Khaizura Khalid berkongsi pendapatnya mengenai perubahan pada pengacara Nabil Ahmad.
Menurut Khaizura, mungkin ada penonton program Muzikal Lawak Superstar 2 semalam yang menyedari pengacara itu kerap menyebut perkataan 'Masya-Allah'.
Oleh kerana menyedari perubahan tersebut, Khaizura mengulas kembali sesi siaran langsung antara Prof Muhaya dan KK Talib bersama Nabil dan Zira yang disaksikannya pada 28 Februari lalu.
Dalam sesi siaran langsung itu, Nabil berkongsi pengalamannya pergi melakukan khuruj atau berdakwah bersama jemaah lain.
"Menangis Nabil nak kongsi kisahnya sebab takut orang ingat dia menunjuk-nunjuk, tapi bila bonda Prof minta Nabil kongsikan, Nabil setuju kongsi," tulis Khaizura.
Selepas khuruj tiga hari, isteri Nabil, Zira menyedari banyak perubahan pada suaminya itu.
"Bila Nabil kata nak keluar khuruj, Zira macam berat hati, tapi bila tiba harinya tu, Zira bagi juga pergi dan dalam masa tu baru rasa lain," tulis Khaizura lagi.
Yang menonton Muzikal Lawak Superstar 2 malam tadi, mungkin perasan dengan perubahan Nabil yang sedikit cool dan...Posted by Khaizura Khalid on Friday, March 5, 2021
Selain itu, di Twitter pula pakar motivasi Akhi Fairuz Al-Jengkawi turut melihat perubahan Nabil terutama janggutnya.
"Beberapa minggu lepas, saya tertanya-tanya juga awat janggut Nabil Ahmad makin panjang.
"Bila baca posting Puan Khaizura Khalid ni, baru sy tahu rupa-rupanya Nabil dalam usaha memperbaiki diri setelah bersama jemaah tabligh. Sebak juga kisah beliau ni," tulisnya.
Dalam video live yang dikongsi di Instagram Prof Muhaya itu, Nabil memuji kebaikan rakan-rakan pendakwahnya itu.
"Yang keluar sekali bersama saya ini tak pernah ajak saya sekalipun, diorang hanya tunjuk akhlak sahaja, saya kenal diorang ni masa zaman main motor.
"Diorang tak pernah bercerita, tetapi tunjuk akhlak, kita tahu diorang tabligh.
"Dalam masa kita bermasalah, diorang layan kita sebaik habis, selalu bawa makanan, dan datang ziarah kami bawa orang baik-baik," kata Nabil dalam video tersebut.
Semoga usaha Nabil berubah ke arah yang lebih baik sentiasa diberkati Allah SWT.
Jangan lupa saksikan MLS2 setiap Jumaat, pukul 9 malam di Astro Warna (127) dan Warna HD (107).
MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro Go dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Gempak.
Untuk perlembangan terkini mengenai MLS2, layari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Hiburan

Shuk Sahar Dedah Shuib Bagi Pinjam Wang Sehingga RM10,000, Nabil Ahmad & Ebby Yus Pula Terus ‘Bank In’ - “Ada Yang Sampai Bini Suruh Block”

gempak
10/07/2024
02:55 MYT
Pernah hilang sumber pendapatan disebabkan terpalit kontroversi, pelawak dan pengacara Shuk Sahar mendedahkan rakan sepejuangannya iaitu Shuib pernah meminjamkan wang sehingga RM10,000 kepadanya.
the-hardest-singing-show

THSS: Didakwa Tak Nasihat Isteri, Nabil Mahir Terima Teguran Netizen Dengan Terbuka

gempak
08/07/2024
13:55 MYT
Suami kepada penyanyi, Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir tampil mengulas dakwaan netizen mengenaidirinya yang tidak menjalankan peranan sebagai suami dengan baik.
Hiburan

JAIS Arah Tangguh Ceramah Ustaz Don

gempak
25/06/2024
21:40 MYT
Semua agensi, masjid, surau, dan musollah di Selangor telah diarah supaya tidak menjemput pendakwah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid untuk mengajar atau memberi apa-apa ceramah berkaitan agama Islam di premis mereka.
Hiburan

Ayda Jebat Sedih Tak Dapat Tidur Dengan Anak - “Saya Punya Latihan Balik Lambat..”

gempak
04/06/2024
01:55 MYT
Penyanyi, Ayda Jebat meluahkan rasa sebak apabila sudah tidak tidur bersama anak-anaknya untuk beberapa hari kerana sibuk menjalani latihan untuk rancangan The Hardest Singing Show (THSS).