,
Laman Utama

Kerap Menangis, Neelofa Bawa Purdah Spare Ketika Shooting Next To Neelofa 2!

Izwan Isa
13/10/2022
00:50 MYT

Bagi yang mengikuti perkembangan Neelofa sebagai pengacara, program bual bicara Next To Neelofa mungkin menjadi antara program yang paling mendapat tempat di hati perminat.

Selain digarap santai, pengisian untuk program berkenaan juga turut menyorot perhatian penonton.
Masakan tidak, setiap episod pasti dihiasi dengan pelbagai cerita-cerita baharu daripada figura-figura tersohor negara yang barangkali tidak pernah dibincangkan di khalayak umum.
Kembali untuk musim kedua, Next To Neelofa 2 lebih sarat dengan kisah menarik selebriti.
Berpeluang bertemu dengan Neelofa pada sidang media program berkenaan, bekas pengacara MeleTOP itu berkata, banyak ‘cabaran’ yang perlu dihadapi sepanjang proses rakaman berbanding musim pertama.
“Reaksi wajah memang memainkan peranan penting apabila kita berbual dalam program sebegini. Tapi apa yang jadi cabaran untuk musim kedua adalah kali ini saya berpurdah.
“Setiap kali menangis, purdah saya akan basah. Jadi setiap kali rakaman, saya perlu bawa purdah spare untuk tukar,” katanya kepada Gempak.
Bercerita lanjut, Neelofa berkata, pengisian untuk Next To Neelofa 2 lebih dekat dengan dirinya berbanding musim terdahulu.
“Sebelum ini kita ada tetamu seperti Mizz Nina dan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Mereka kan figura hebat dalam bidang masing-masing.
“Jadi untuk kali ini, pihak Astro bukan sahaja pilih yang legend tetapi lebih kurang usia dengan saya. Boleh relate dengan kisah rumah tangga dan kehidupan sebagai isteri serta ibu,” katanya lagi.
Antara tetamu-tetamu undangan yang membuat penampilan menerusi musim kedua Next To Neelofa termasuklah Lisa Surihani, Diana Amir, Puteri Sarah, Tya Arrifin, Ustazah Oki Setiana Dewi dan ibu Neelofa sendiri, Datin Noor Kartini.
Saksikan musim kedua Next To Neelofa bermula pada 22 Oktober 2022 pada setiap hari Sabtu pada jam 10 malam di saluran Astro RIA. Untuk pilihan lebih fleksibel, strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan ini di Astro.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Hiburan

“Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor

gempak
02/09/2024
10:05 MYT
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor iaitu Neelofa merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Hiburan

Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"

gempak
26/08/2024
21:55 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.
Hiburan

PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”

gempak
20/08/2024
03:55 MYT
Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail berkongsi pandangannya mengenai perkongsian seseorang itu di laman sosial menerusi platform Thread miliknya.
Hiburan

PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

gempak
09/08/2024
06:55 MYT
Suami kepada selebriti Neelofa iaitu PU Riz atau Ustaz Haris Ismail menitipkan pesanan untuk golongan lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga.