,
Laman Utama

Kerana Dadah, Mamat Tak Bebas - “Saya Perlu Lapor Diri Sebelum Keluar Dari Johor”

Izwan Isa
24/11/2021
15:10 MYT
Vokalis kumpulan Exists, Mamat mendedahkan yang pergerakannya masih dipantau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berikutan kes penyalahgunaan dadah yang dialaminya pada 2019.
Menurut Mamat, dia perlu melaporkan diri dan mendapatkan kebenaran daripada agensi tersebut selama tempoh dua tahun.
“Bermula awal tahun ini, saya perlu melaporkan diri kepada AADK Johor Bahru jika mahu keluar kawasan untuk urusan kerja dan lain-lain.
“Selain itu, pada setiap sebulan, saya perlu mengikuti program kemasyarakatan yang dianjurkan agensi sebagai syarat dalam tempoh pemulihan.
“Saya tidak kisah mengikuti peraturan yang ditetapkan. Hal ini demi kebaikan saya juga dan saya juga tidak terasa terbeban dengan syarat ini,” katanya kepada Gempak.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 42, ditemui pada Majlis Pelancaran Album Live Exists Reunion di ibu kota sebentar tadi.
Bercakap mengenai konsert jelajah Exists yang bakal diadakan kelak, Mamat berkata, urusan perjalanan untuk latihan di Kuala Lumpur akan diuruskan oleh pihak penganjur.
Justeru, dia tidak berasa komitmen latihan menuju konsert sebagai masalah.
“Alhamdulillah, semua aktiviti yang membabitkan kumpulan Exists akan diuruskan oleh Shiraz Project. Saya pun tiada masalah berulang-alik demi kerja.
“Dalam pada itu, saya menjalankan perniagaan menjual makanan di kampung halaman. Jadi, memang kerap berulang-aliklah,” katanya lagi.
Ditanya pula mengenai desas-desus bakal menamatkan duda dalam masa terdekat, Mamat enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut.
“No comment,” tegasnya.
Terdahulu, Mamat ditahan pada 8 September 2019 ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakannya pada pukul 11.30 malam kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.
Selepas menjayakan konsert Exists Reunion di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September 2019, Mamat menjalani rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Unitar