,
Laman Utama

Kerajaan Pertimbang Rentas Negeri Ikut Zon, Ini Kenyataan Ismail Sabri

Asraf Aided
05/03/2021
01:32 MYT
Kerajaan sedang mempertimbang membenarkan pergerakan rentas antara dua negeri zon hijau yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), lapor AWANI.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat beberapa perkara yang perlu diperincikan termasuk dari segi penguatkuasaan.
Jelasnya, perkara itu masih lagi dalam perbincangan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Bagaimana dari segi pemantauan? Ia bukan satu perkara yang mudah.
"Contohnya apabila sampai ke sempadan masuk ke Melaka, kalau polis tanya dari mana, dia boleh kata dari Putrajaya, sedangkan dia dari Kuala Pilah.
"Perkara seperti ini yang sedang diperincikan kerana sukar untuk kita tentukan dengan jelas pergerakan setiap orang," katanya pada sidang media semalam.
Sementara itu, beliau berkata masih belum ada sebarang ketetapan baharu berkenaan arahan bekerja dari rumah.
Ia selepas tiada sebarang arahan baharu dikeluarkan sama ada oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman.
"InsyaAllah kita akan bincangkan dalam mesyuarat nanti sama ada terdapat keperluan untuk mengekalkan (arahan bekerja dari rumah) atau mereka (pekerja) boleh mula bekerja di pejabat," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Kes Aktif Meningkat Kerana Pembukaan Semula Rentas Negeri" - DG Hisham

gempak
23/11/2021
23:50 MYT
Ada peningkatan semula selepas 10 minggu...
Laman Utama

COVID-19: Angka Harian Kes Lepasi 6,000

gempak
22/10/2021
10:10 MYT
Sila patuh SOP.
Laman Utama

“Kau Buat Orang Nampak Teruk, Happy Balik Kampung”- Nadir Al Nuri Kena Kecam Lagi, Karikatur Buat Ramai Tersinggung?

gempak
16/10/2021
01:30 MYT
Cuba positif guys!
Laman Utama

Hafiz Mahamad Nak Sponsor Tiket Bas Untuk Mereka Yang Tak Mampu Nak Balik Kampung

gempak
14/10/2021
02:45 MYT
Semoga dipermudahkan niat baik Hafiz...
Laman Utama

“Memang Perlu Datang 4 Jam Awal Untuk…”- Mila Jirin Kongsi Tip & Prosedur Bercuti Ke Langkawi

gempak
13/10/2021
09:45 MYT
Wah nak bercuti ke Langkawi juga lah!