,
Laman Utama

Kerajaan Bincang Lanjutkan Operasi Kedai Makan 6 Pagi – 10 Malam

Fiza Kamarudin
20/01/2021
01:30 MYT
Kerajaan akan membincangkan aduan orang ramai yang mahukan operasi kedai dan restoran dilanjutkan daripada jam 6 pagi sehingga jam 10 malam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa mendengar rungutan atau keluhan rakyat dalam semua aspek termasuk berkaitan perkara itu serta sudah dibawa dalam mesyuarat.
“Ramai yang berpendapat bahawa apabila ditutup pada jam 8.00 malam, menyukarkan mereka untuk mendapatkan makanan. Jadi mesyuarat berbincang perkara ini.
“Mesyuarat juga telah meminta MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk berbicang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengkaji perkara yang dicadangkan ini.
“Sebab kesannya, alasan diberikan, jika kedai makan dibuka maka operasi lain juga minta mereka juga dibenarkan beroperasi sampai 10 malam,” katanya pada sidang media khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa.
Tambahnya, mereka juga meminta KKM memberi pandangan kepada MKN mengenai cadangan dan permohonan daripada rakyat itu.
“InsyaAllah perkara itu akan dibincangkan dan jika diputuskan, ia akan diumumkan dengan segera,” ujarnya.
Waktu operasi kedai terutamanya kedai makan menjadi perbualan hangat warga maya sejak beberapa hari lepas yang tidak berpuas hati dengan tempoh perniagaan yang agak singkat.
Menurut komen di internet, ramai daripada mereka tidak sempat untuk membeli makanan kerana kebanyakannya hanya tamat kerja kira-kira jam 7.00 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Polis Sangkal Dakwaan Pelakon Wanita Siasatan Tidak Ikut SOP

gempak
08/09/2024
05:34 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan dibuat seorang pelakon wanita kononnya pihaknya gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Viral

Kembang Tekak! Ulat Sampah Berjalan Atas Sudu, Lelaki Ini Dakwa Alami Keracunan Makanan Selepas Makan Di Restoran Popular Di KL – ‘Sihat, Gemuk, Gebu”

gempak
31/07/2024
03:25 MYT
Seorang lelaki mendakwa dia mengalami keracunan makanan selama lima hari gara-gara menjamu selera di sebuah restoran di Kamung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Laman Utama

Jangan Cium & Kena Minta Izin Nak Sentuh Anak, Antara Peraturan Mira Filzah Tetapkan Ketika Akikah

gempak
06/10/2022
03:55 MYT
Mira Filzah Tetapkan SOP Ketika Akikah
Laman Utama

“Yang Penting Saya Tak Minta…” – Dafi Nafi Guna Status Anak PM Dapat Berlakon Dalam Malbatt: Misi Bakara

gempak
11/09/2022
09:00 MYT
Dafi tak guna cable
Laman Utama

Terharunya... Perdana Menteri Buat Kejutan, Hadir Acara Hujung Minggu Bersama Didi & Friends

gempak
26/06/2022
12:23 MYT
Memang tak sangka langsung, terharunya.