,
Hiburan

Kenyataan Rasmi Bersama FINAS Dan ASTRO Berkaitan Penganjuran Malam Anugerah Festival Filem Malaysia Ke 30 (FFM30)

Badrul Hashim
10/04/2019
12:32 MYT
Satu kenyataan rasmi bersama FINAS dan ASTRO berkaitan penganjuran Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 30 (FFM30) telah dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri mewakili FINAS sebagai penganjur Festival Filem Malaysia 30 dengan kerjasama Persatuan-Persatuan Perfileman Malaysia dan disokong Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia merakamkan sekalung penghargaan kepada semua pihak dan khalayak yang menyokong penganjuran FFM30 pada tahun ini di mana siaran langsung malam anugerah Festival Filem Malaysia ke 30 pada 30 Mac 2019 yang lalu telah mencatat jumlah penontonan tertinggi keseluruhan sebanyak 3.5 juta selain trending nombor 1 di laman twitter melalui #FFM30.
Merujuk kepada sesi 'post-moterm' FFM30 yang diadakan di antara FINAS bersama penyiar rasminya, ASTRO yang diketuai En. Namanzee Harris, ketua Kandungan Produksi ASTRO di FINAS Petaling Jaya hari ini, penjelasan berkaitan beberapa isu-isu berbangkit yang berlaku di malam anugerah telah dikenalpasti di mana perancangan pihak produksi ASTRO tidak berlaku seperti yang sepatutnya dan semua pihak akan lebih berhati-hati di masa hadapan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FINAS lagi, FINAS telah mengambil langkah proaktif dengan merangka pengisian program-program yang lebih efektif untuk penganjuran FFM31 pada tahun hadapan dengan mengambil kira cabaran-cabaran yang dihadapi pada edisi kali ini. Namun begitu, di masa hadapan, FINAS mengharapkan agar setiap pihak yan terlibat di malam anugerah untuk menghormati tugasan yang telah diberikan berdasarkan kontrak yang telah ditandatangani termasuklah menghadiri raptai bagi mengelakkan sebarang masalah komunikasi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyesuaian Harga Netflix: Ini Makluman Penting Untuk Pelanggan Astro

gempak
14/11/2024
07:50 MYT
Netflix mengumumkan pada hari ini bahawa harga langganan untuk semua pelan (Basic, Standard, dan Premium) akan diselaraskan di Malaysia, berkuat kuasa pada Khamis, 14 November 2024, pada jam 10 pagi.
Hiburan

Astro Guna AI Untuk Wujudkan Keterlibatan Positif Di Media Sosial Bersama Pelakon Project; Exit, Mierul Aiman & Shasha Abedul

gempak
13/11/2024
07:58 MYT
Astro mengumumkan inisiatif baharu menggunakan kekuatan Artificial Intelligence (AI) dengan kerjasama pelakon Project; Exit, Mierul Aiman dan Shasha Abedul.
Berita

Saluran Radio Astro ERA FM , HITZ & MY FM Terus Kukuh, Kekal Relevan Pilihan Nombor 1 Rakyat Malaysia!

gempak
12/11/2024
08:25 MYT
Stesen Astro Radio terus kukuh sebagai pilihan utama rakyat Malaysia menjadikan ia kekal stesen radio nombor satu. 11 stesen di bawah kendalian Astro Radio catat jumlah pendengar sebanyak 2% termasuklah stesen radio terkenal ERA FM , HITZ dan MY FM.
gegar-vaganza-11

Gegar Vaganza 2024 (GV11) – Musim Ke-11 Bermula dengan Barisan Bintang Terhebat di Malaysia

gempak
06/11/2024
10:26 MYT
Gegar Vaganza 2024 (GV11) kembali dengan 14 peserta hebat seperti Ronnie Hussein, Nai Dinamik, dan Ning Baizura, serta penampilan penyanyi legendaris dari Indonesia. Saksikan aksi mereka secara langsung di Astro Ria atau strim melalui Astro GO dan sooka, bermula 24 November 2024
Berita

Premier League Dan Astro Bekerjasama Perangi Cetak Rompak Digital Di Malaysia

gempak
28/10/2024
04:36 MYT
Kempen ‘Boot Out Piracy’ kali ini menampilkan bintang bola sepak ternama seperti Alisson Becker (Liverpool FC), Alejandro Garnacho (Manchester United), Jean-Philippe Mateta (Crystal Palace), Hwang Hee-chan (Wolves), dan Bukayo Saka (Arsenal).
Unitar