,
Filem

Kenapa Tak Ada Ip Man Lagi Lepas Ni? Jawapan Donnie Yen Ialah…

Fiza Kamarudin
16/12/2019
06:59 MYT
Rasanya ramai dah tahu Ip Man 4: The Finale merupakan yang terakhir siri filem tersebut dan penerbitnya yang juga pelakon utama, Donnie Yen ada jawapan tersendiri mengapa keputusan itu dibuat.
Donnie ketika ditemui Astro Gempak berkata, dia mengambil keputusan itu untuk mengelak rasa bosan penonton terhadap Ip Man.
“Filem klasik, kalau terlalu panjang sirinya orang akan bosan. Jadi cukuplah IP Man terhenti sehingga yang keempat sahaja.
“Bukan itu sahaja, saya bimbang jika diteruskan lagi Ip Man kelima atau keenam, kualitinya akan menurun dan itu sudah tentu sesuatu yang tidak bagus.
“Lagi pun dalam sejarah pembikinan filem klasik, kesinambungannya tidak lebih daripada dua. Saya berbesar hati kerana IP Man walaupun lebih daripada dua, mendapat sambutan penonton.
“Saya harap IP Man 4: The Finale juga akan mendapat tempat di hati peminat, terutamanya di Malaysia,” katanya.
Donnie Yen berkata demikian ketika mengunjungi Astro untuk siri promosi bersama aktor memegang watak Bruce Lee, Danny Chan.
IP Man 4: The Finale akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 20 Disember ini.
Untuk rekod, Ip Man 3 telah mencatat kutipan pecah panggung kategori filem Cina iaitu sebanyak RM12 juta dalam tempoh empat hari ketika ditayangkan di Malaysia pada tahun 2016.
Malah, ia menjadi filem Hong Kong pertama di Malaysia yang berjaya meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM30 juta sekaligus meletakkannya sebagai filem Cina paling tinggi dalam sejarah kutipan di Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Sudah Sampai Masanya Pelakon Asia Lebih Diiktiraf Di Hollywood” - Donnie Yen

gempak
14/01/2023
13:50 MYT
Donnie Yen harapkan lebih banyak pelakon Asia diberi peluang dan pengiktirafan di Hollywood
Laman Utama

Ip Man Donnie Yen Bakal Muncul Dalam John Wick 4!

gempak
05/06/2021
12:44 MYT
Wah mesti best mereka bergabung
Nusantara

Donnie Yen Karantina Diri Sepulang dari Premier film Mulan

gempak
27/03/2020
04:32 MYT
Nusantara

Donnie Yen Donasi $1 Juta Dolar HK Perangi Wabah Virus Corona

gempak
21/02/2020
03:05 MYT
Nusantara

IP Man 4: The Finale Jadi Film Kung Fu Terakhir Donnie Yen

gempak
18/12/2019
05:39 MYT