,
Laman Utama

“Kenapa Ramai Yang Benci Shima? Shima Tak Pernah Kacau Orang Lain, Rumah Tangga Orang…” – Baby Shima

Fiza Kamarudin
15/11/2021
14:45 MYT
Penyanyi Baby Shima meluahkan rasa sedih dan berasakan dirinya dibenci ramai walaupun tidak pernah mencari hal dengan sesiapa pun selama ini.
Baby Shima menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG) berkata, perkara tersebut membuatkan dia terfikir mengapa dirinya dibenci tanpa sebab.
Menurut Baby Shima lagi, dua juga sudah tidak kuat untuk mengharungi semua ini.
“Kadang terfikir juga kenapa ramai benci Shima…Sedangkan Shima tak pernah kacau orang lain, rumah tangga orang, keluarga orang, minta duit mak ayah korang…Tak pernah!
“Terus terang Shima cakap Shima dah tak kuat dengan apa yang Shima dah lalui sekarang. Boleh tak korang rasakan apa yang Shima rasa?” soalnya kepada pengikut di IG.
Menerusi ruangan komen Baby Shima turut mendapat kata-kata semangat daripada sahabat industri seperti Wani Kayrie, Damian, Ery Putra, Harry Khalifah dan juga Mimi Peri, pempengaruh media sosial dari Indonesia.
Selain itu, pengikut Baby Shima juga memberikan kata-kata semangat kepadanya dan memohon agar dia sentiasa positif serta tidak mempedulikan perkara negatif.
Bagaimanapun ada juga yang mengaitkan luahan kekecewaan Baby Shima itu dengan hantaran yang dimuatnaiknya sebelum itu.
Dalam hantaran tersebut Baby Shima dilihat sedang menyanyikan lagu 'Kopi Dangdut' dan bergelek di atas pentas bersama beberapa peminat lelaki termasuk seorang yang memakai konstum adiwira, Spiderman.
Posting itu mendapat pelbagai reaksi pengikut di IG yang rata-ratanya menganggap Baby Shima tidak sepatutnya bergelek di khalayak ramai.
Tambahan lagi individu yang memakai kostum Spiderman kelihatan agak ‘daring’ kerana mendedahkan bentuk tubuh dan bahagian yang tidak sepatutnya, dapat dilihat dengan jelas oleh penonton.
Difahamkan persembahan tersebut berlangsung ketika Baby Shima diundang dalam sebuah majlis di Pulau Langkawi, Kedah hujung minggu lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Da’i Fuad Bidas Dakwaan Baby Shima, Siap Tunjuk Bukti Dah Tegur Da’i Syed - “Saya Tak Menegur Dalam Keadaan Berkiblatkan Mana Kawan, Mana Lawan”

gempak
02/09/2024
02:52 MYT
Pendakwah, Da’i Fuad tampil menjawab teguran penyanyi, Baby Shima yang mendakwa dirinya pilih kasih dalam memberi teguran terhadap agamawan.
Hiburan

Baby Shima Selar Tindakan Pendakwah Bebas Membisu Bila Kes Libatkan ‘Geng’ Sendiri - “Semua Senyap Sunyi Masuk Dalam Gua…”

gempak
01/09/2024
21:55 MYT
Tindakan pendakwah bebas Da'i Fuad meluahkan rasa simpati dengan nasib menimpa rakannya iaitu Da'i Syed mendapat perhatian penyanyi Baby Shima.
Hiburan

3 Kali Tangguh, Penganjur Nekad Teruskan Konsert Milenia, Tawar Diskaun 50% - "Saya Tak Mahu Dilabel Scammer"

gempak
24/01/2024
11:09 MYT
Konsert Milenia 2024 Live in Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 27 Januari ini di Zepp Kuala Lumpur.
Laman Utama

Pernah Kena 'Cuit', Baby Shima Sindir Zhiddin Aziz 'Terpaling Ikon'!

gempak
17/11/2023
01:55 MYT
Perang balik!
Laman Utama

Baby Shima Dikecam Guna Bendera Israel - “Mesejnya Tetap Sama Mengutuk Tindakan…”

gempak
19/10/2023
00:55 MYT
Shima jawab isu video bendera Israel.