,
Viral

Kenali Empat Jenis Banjir Di Malaysia Yang Korang Patut Tahu!

Muhammad Ridhwan Roslan
29/12/2023
05:52 MYT
Situasi bencana banjir yang sering melanda negara kita tidak asing lagi lebih-lebih lagi bila musim tengkujuh.
Tapi adakah korang kenal jenis-jenis banjir yang terjadi dan apakah maknanya? Jom kita baca! Mengikut nadma, terdapat beberapa jenis banjir yang terjadi dan boleh di kenal pasti!
Antara banjir yang ada adalah seperti:
  • Banjir Monsun
  • Banjir Kilat
  • Banjir Pantai
  • Banjir Genang
1. Banjir Monsun Banjir Monsun adalah banjir yang berpunca daripada keamatan hujan yang tinggi dan berterusan (melebihi daripada 6 jam) pada musim monsun timur laut atau tengkujuh.
Antara petunjuk yang korang boleh rujuk seperti, Lumpur, Aras air sungai tinggi dan lambat surut.
2. Banjir Kilat Banjir yang berlaku dan surut dalam tempoh kurang dari 6 jam disebabkan hujan yang bersifat setempat dan tidak lebih daripada 6 jam.
Petunjuk bagi banjir kilat adalah air banjir uang naik mendadak namun ianya cepat surut.
3. Banjir Pantai Banjir akibat kadar penurunan hujan yang tinggi dan kenaikkan air laut semasa air pasang dan melebihi tebing sungai. Petunjuk banjir pantai seperti Air laut pasang tinggi.
4. Banjir Genang Banjir monsun /kilat/pasang surut di kawasan rendah yang mana air tidak dapat mengalir keluar dan bertakung pada tempoh yang sangat lama.
Cara untuk korang nak tahu tanda-tanda banjir Genang ni adalah seperti lumpur yang banyak, air yang lambat surut, serta aras air sungai yang tinggi.
Jadi, korang haruslah kena senantiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap keadaan banjir yang mana yang sedang melanda korang dan apakah tindakan yang korang boleh ambil.
Ingat, Jangan mandi air hujan dan selalu peka!
Jenis-Jenis Banjir
Rujukan: https://www.nadma.gov.my/ms/media-2/infografik-dan-poster/729-jenis-jenis-banjir
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Apa Maksud Disebalik 8 Jenis Warna Baju Banduan Di Penjara Malaysia

gempak
05/08/2024
11:27 MYT
Sering kali kita melihat baju dipakai banduan yang dikenakan hukuman penjara kan. Sebenarnya, setiap warna baju itu tersimpan maksud yang melambangkan peringkat kesalahan mereka. Jom kita kenali maksud disebalik warna-warna ini.
Hiburan

Banglo Dirobohkan Jadi Tumpuan, Dari Juara Tilawah Al-Quran Allahyarham Sharifah Aini Jadi Permata Seni Negara

gempak
03/07/2024
11:48 MYT
Saat ini antara berita berkaitan hiburan yang menjadi perhatian adalah kediaman yang pernah menjadi milik Allahyarham Biduanita Sharifah Aini dirobohkan pihak pemaju selepas banglo tersebut dijual oleh anaknya, Aliff Omar Ali, 42.
Hiburan

Banjir Di Rumah Penampang Sudah Surut, Stacy Syukur Keluarga Selamat - "Ini Paling Teruk Sebab..."

gempak
02/07/2024
07:55 MYT
Penyanyi Stacy berkongsi perkembangan mengenai situasi dan keadaan rumah keluarganya di Penampang yang dilanda banjir.
Viral

Monica Ting Siew Kwong Sempat Hantar Makanan Bantu Mangsa Banjir Penampang

gempak
02/07/2024
03:17 MYT
Wanita yang menjadi korban pertama dalam bencana banjir di negeri ini disifatkan seorang yang berhati mulia kerana sempat berkhidmat kepada masyarakat yang terjejas di Penampang.
Berita

Hujan Lebat Berterusan, Banjir Kini Landa Kota Kinabalu

gempak
01/07/2024
01:55 MYT
Hujan lebat berterusan di daerah Kota Kinabalu sejak petang Ahad menyebabkan beberapa buah kawasan, kampung dan jalan-jalan utama dinaiki air.