Laman Utama
Kenal Di TikTok, Penyanyi Pinkan Mambo Kahwin Dengan Penjual Ubi Kayu
Penyanyi Pinkan Mambo sedang menjadi perbualan hangat netizen selepas mengambil keputusan berkahwin dengan seorang penjual ubi kayu.
BERITA TRENDING: Anak Pinkan Mambo Dakwa Terima Gangguan Seksual Dari Ayah Tiri Sejak Usia 12 Tahun
Majlis perkahwinan Pinkan dengan Arya Khan juga disiarkan secara langsung di TikTok, platform yang menjadi jambatan hubungan asmara mereka terjalin.Pinkan malah mengaku dia yang menyukai penjual ubi kayu itu terlebih dahulu selepas mereka bekerjasama dalam projek di TikTok.
“Saya yang suka dia dahulu tapi tahu dia sudah ada kekasih, saya juga. Eh ternyata kemudian kami sama-sama putus cinta dan ya sudah dari situ terjalin (asmara),” katanya seperti dilaporkan Insertlive.
Majlis perkahwinan pasangan ini menjadi bualan salah satunya kerana jumlah mas kahwin yang diberi kepada Pinkan.
PILIHAN PEMBACA: Suami Paksa Gugurkan Anak & Hilang, Pinkan Mambo Balas Bercinta 5 Lelaki Sekaligus
Mantan duo Ratu itu dilaporkan menerima mas kahwin sebanyak RM29.94 atau Rp100,000 daripada penjual ubi kayu tersebut.Malah anak Pinkan mengaku terkejut dengan perkahwinan ibunya dan Arya. Michele Ashley Rezya juga tidak menyembunyikan fakta bahawa dia tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut.
“Jujurnya saya terkejut dan tidak merestui perkahwinan mereka. Saya rasa terlalu cepat, tiba-tiba kahwin,” kata Michele.
Meski demikian dia tetap berdoa agar perkahwinan baru ibunya dengan lelaki tersebut berpanjangan.
“Saya pernah dikenalkan dengan Arya tapi tidak tahu bagaimana personalitinya. Jadi saya harap dia boleh jaga ibu dan perkahwinan mereka kekal,” katanya lagi.
BERITA TRENDING: "Itu Bukan Pakaian Dalam" - Pinkan Mambo Teruja Impian Viral Tercapai Gara Gara ‘Tidur’ Atas…
Must-Watch Video