,
Laman Utama

"Kena Tenang... Sabar" - Harmonikan Poligami Susah Kata Ashraf Muslim, Mohon Pasangan Berkahwin Jangan Lepas Perasaan Di Media Sosial

Amri Hassan
08/07/2022
01:55 MYT
Pelakon Ashraf Muslim menasihati orang ramai agar menegur dan memberikan nasihat secara rasional serta berhemah kepada artis yang sedeng diduga kemelut rumah tangga.
Jelas Ashraf, 40, netizen di media sosial juga harus memberikan sokongan untuk tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menambahkan keburukan atau menyemarakkan api sengketa dan amarah mana-mana pihak yang bertelagah.
"Jangan kita mengecam. Sebaliknya doa, cakap dan balas dengan benda yang baik-baik.
"Saya berkata begitu sebab kita tidak tahu, kadang-kadang apa yang dikatakan itu boleh jadi satu doa juga. Bimbang akan terpalit kepada kita balik. Kadang-kadang kita lupa benda yang begitu.
"Jadi, kita kena sentiasa fikir positif sebab saya sendiri pernah alami situasi ini. Senang cerita, doa yang terbaik. Kalau nak menegur, tegur dengan cara berhemah jangan sampai menyakitkan hati.
"Supaya mereka yang terlibat berfikir ada lagi orang yang sayangkan mereka, boleh buat keputusan yang baik," katanya kepada Gempak.
Ditanya pengalaman sendiri pada peringkat awal proses poligami, Ashraf akui ia bukan sesuatu yang mudah.
"Susah… Kena tenang, sabar. Buat keputusan betul-betul. Kalau tidak tenang, tak sabar akan buat keputusan yang tak betul," tambahnya.
Ashraf berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Musyrik: Api Neraka Menantimu! Bersama Artis & Media di TGV One Utama, Petaling Jaya, pada Rabu.
Untuk rekod, Ashraf, kini menjalani kehidupan harmoni bahagia bersama dua isteri, Dr Noor Dayana Lokman serta isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Mengakui isu membabitkan keluarga adalah sesuatu yang privasi, Ashraf berpandangan soal tersebut sebaiknya tidak terlalu dikongsikan di media sosial.
"Bagi saya benda-benda macam ni… fasal keluarga, simpan untuk kita sahajalah. Kalau kita asyik nak beritahu pada orang, kadang-kadang kita buka aib kita. Kita terlupa tu.
"Jadi senang ceritalah… kebahagian diri kita, kesusahan di dalam keluarga kita, apa sahaja hubungan dalam kaum keluarga kita, tak payah beritahu orang lain.
"Biarlah kita simpan, selesaikan masalah kita. Sebab takut nanti ada masalah lain pula yang timbul, yang kita tak tahu," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar