,
Laman Utama

“Kena Sungguh Baru Tahu!”- Fedtri Yahya Kecewa Isu Penyakit ‘Ain’ Dipersendakan

Syafiqah Jalal
22/07/2021
11:50 MYT
Pengacara terkenal, Fedtri Yahya kecewa apabila ada segelintir yang mempersendakan penyakit ‘Ain’.
Menurut Fedtri ia merupakan perkara yang benar dan meminta agar berhati-hati.
“Ada orang main-main pasal penyakit ‘Ain’ ni ya. Kena sungguh baru tahu!
“Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi shallallahu allaihi wa sallam memohon perlindungan ALLAH untuk Hasan dan Husain dengan doa :أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
“Aku berlindung kepada ALLAH untuk kalian berdua dengan kalimat – kalimat ALLAH yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” (HR. Abu Daud),” tulisnya.
Fedtri berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik visual yang menerangkan tentang kewujudan penyakit tersebut.
Penyakit Ain adalah gangguan yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai oleh perasaan iri dan dengki.
Sebelum ini kecoh dan tular seorang gadis yang mendakwa dirinya menghidap penyakit ‘Ain’ sehingga kulit wajahnya bertukar menjadi teruk atau ‘breakout’.
Tidak lama selepas itu, ramai gadis berkongsi perkara yang sama sehingga menjadikan ia sebagai trend buat content TikTok mereka.
Namun ia telah ditegur oleh beberapa orang di laman sosial yang memberitahu ia bukan perkara yang boleh dibuat main-main sehingga menjadi trend.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.