,
Berita

"Kena Serangan Sawan Tiga Kali Dalam Sehari..." - Isteri Gbob Akui Suaminya Makin Stabil Tetapi...

Badrul Hashim
22/09/2020
20:34 MYT
Pelawak dan pelakon Gbob kini semakin stabil selepas menjalani pembedahan memasang semula tempurung kepalanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 12 September lalu.
Baca: Tempurung Kepala Gbob Dipasang Semula Esok
Menurut isteri Gbob, Siti Aisyah Wahiddin, suaminya kini sedang berehat di rumah bagi memastikan proses penyembuhannya berjalan lancar.
"Suami dibenarkan pulang pada 14 September lalu. Bagaimanapun, dia terkena serangan sawan tiga kali dalam masa sehari dan dimasukkan ke zon kritikal Hospital Serdang keesokan harinya.
"Pada mulanya ia mungkin berpunca akibat kesan pembedahan yang mengalami pendarahan. Namun, selepas pemeriksaan, doktor kata kesan darah itu tak berbahaya. Apapun Gbob masih perlu dipantau kerana kita tidak boleh jangka bila serangan akan berlaku.
Alhamdulillah setakat ini dia sudah tiada serangan sawan. Apabila dia makin sihat, Gbob akan dibawa menjalani fisioterapi bulan depan. Ingatan semakin pulih tapi emosinya belum stabil lagi," tambah Siti Aisyah.
Gbob atau nama sebenarnya Hamizi Hashim terjatuh dalam bilik air di rumahnya pada 5 Mac lalu dan disahkan mengalami pendarahan dalam otak.
Doktor melakukan pembedahan di tempurung kepalanya bagi membuang darah beku dan membenarkan dia berehat di rumah untuk proses pemulihan. Gbob dibenarkan keluar pada Khamis lalu dan perlu makan ubat sawan berterusan.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Remaja Maut, Doktor Bedah Berpandukan Tutorial Pembedahan Di YouTube

gempak
14/09/2024
07:25 MYT
Doktor dikenali sebagai Ajit Kumar Puri itu didakwa menggunakan tutorial melakukan prosedur membuang batu hempedu di YouTube ketika insiden pada minggu lalu.
Hiburan

Tak Berani Buat Pembedahan Plastik, Yuni Shara Tegangkan Kulit Leher

gempak
08/09/2024
13:45 MYT
Melihat kepada wajah awet mudanya meski sudah berusia 52 tahun, ramai yang menyangka penyanyi Yuni Shara melakukan pembedahan plastik.
Hiburan

Dua Kali Bersalin Secara Ceaser, Shila Amzah Tak Mungkin Hamil Lagi – “Ia Agak Berisiko, Usia Saya Juga Akan Mencecah…”

gempak
07/08/2024
21:55 MYT
“Cukup lah, dah sepasang” demikian kata penyanyi Shila Amzah apabila ditanya mengapa berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi.
Hiburan

Rina Nose Dedah Hasrat Mahu Buat Pembedahan Kosmetik – “Saya Mahu Buat Tapi..”

gempak
12/07/2024
21:55 MYT
Pembedahan kosmetik bagi mencantikkan wajah semakin popular dalam kalangan selebriti.
Gaya Hidup

Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’,  4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

gempak
10/07/2024
07:51 MYT
Dunia hiburan Indonesia sedang heboh dengan penampilan baharu Mahalini yang didakwa melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.