Hiburan
“Kena Pantang, Dah Setahun Tak Minum Kopi” - Siti Nordiana Jaga Suara, Takut Masalah Lama Berulang
Penyanyi, Siti Nordiana sanggup menolak air minuman kegemarannya iaitu kopi sejak setahun lalu demi menjaga pita suaranya.
Setahun tak minum kopi
Siti Nordiana Alias, 40, atau lebih mesra dengan panggilan Nana ini berkata, tahap vokal yang merudum akibat masalah ketika menyertai program All Stars Gegar Vaganza (GV10) membuatkannya perlu berpantang."Pita suara saya semakin baik selepas mendapat rawatan pakar berikutan masalah berpunca daripada jangkitan Covid-19 ketika musim pandemik.
"Apabila menyertai GV10 keadaan menjadi semakin teruk selepas saya memaksa diri untuk meneruskan perjuangan hingga ke saat akhir.
"Biarpun sudah pulih, saya kena berpantang terutamanya kopi sejak setahun lalu bagi mengelakkan masalah lama berulang lagi," katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Memori Mungkin Berulang, pada Rabu.
Kelas vokal Datuk Syafinaz Selamat
Menurut Nana lagi, bagi memantapkan vokalnya dia masih menghadiri kelas intensif di bawah bimbingan Datuk Syafinaz Selamat."Menyanyi adalah kerjaya saya, jadi apabila berlaku masalah pada pita vokal sudah tentu itu akan memberi risiko terhadap nyanyian saya.
"Kalau ikutkan memang setiap bulan saya pergi ke kelas vokal, kena berlatih dan 'top up' suara.
"Kali ini mungkin akan lebih kerap sebab saya perlu membuat persiapan awal menjelang persembahan mega dengan Tomok, Konsert Memori Mungkin Berulang," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Tomok & Siti Nordiana Berkongsi Pentas, Janji Akan Imbau Kenangan Bersama Peminat - "Ini Kali Pertama Kami Berkolobarasi Demi..."
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Nak Kahwin Tapi…” - Tular Sarung Baju Pengantin, Siti Nordiana Mohon Maaf Jika Ada Yang Salah Faham
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Nordiana Mohon Maaf Jika Ada Kekurangan Dalam Nyanyian, Datin Alyah Respon - “Kita Tak Pernah Salahkan...”
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Nordiana Sifatkan Suara Arwah Achik Spin 'Mahal' - "Merdu Ada, Lunak Pun Ada"
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Nordiana Imbau Kisah Pernah Bercinta Dengan Achik Spin - “Dia Memang Ada Hati Kat Nana…”
Teruja konsert bersama Tomok
Menyentuh konsert anjuran syarikat milik Tomok, Popsicle Records yang berlangsung pada 1 Februari 2023, Nana mengakui teruja sebaik rakan seperjuangannya itu mempelawanya."Kami juga akan membawakan dendangan popular kami sepanjang dua dekad dalam industri muzik," ujarnya"Ini kali pertama saya dan Tomok akan berkongsi pentas mega membawakan lagu duet kami serta mengimbas nostalgia kegemilangan seleksi hits saya dan Allahyarham Achik.
Tiket menyaksikan konsert dijual pada harga RM98 sehingga RM498, selain VIP Box RM5,000 boleh ditempah di Ticket2u.
Must-Watch Video