,
Laman Utama

Kena Kecam Dengan Netizen Sebab Hadiahkan Suami Beg Dior, Pemilik Butik Fesyen Leeyana Rahman Tampil Bagi Penjelasan

Zulaikha Yusof
25/05/2021
08:50 MYT
Pemilik butik fesyen terkenal Leeyana Rahman, Yana Lee dikecam netizen selepas menghadiahkan suaminya, Muhamad Hafiz Abdul Hamid sebuah beg berjenama antarabangsa, Christian Dior.
Hadiah itu diberikan bersempena dengan ulang tahun kelahiran Hafiz yang disambut semalam (24 Mei).
"Happy lockdown birthday kepada suami saya @hafizhamids. Sebab dah makin tua, jadi dah makin lupa tarikh-tarikh penting terutama hari lahir suami. Pukul 10 malam semalam baru ingat pastu cepat-cepat plan.
"Semoga semakin murah rezeki and semakin pemurah dengan isteri haha," tulisnya sebagai ucapan.
Menerusi ruangan komen, Yana menjelaskan yang beg itu sudah dibeli sebelum timbulnya konflik antara Palestin dengan Israel.
"@nurulsyuhaidahmustafa: Buat baju Palestin tapi sokong Dior.
"Hadiah ini sebelum isu Palestin dan Israel sis," balas Yana.
Sementara itu, ada juga pengikut yang berpendapat agar tidak terus membuang barangan dari Israel sekiranya sudah terbeli.
"Bagi saya kalau dah terbeli barangan Israel jangan buang guna ja sebab kita dah beli. Cuma selepas ini kita perlu semak barang itu dari mana.
"Sebab kita pun dulu sebelum media kempen boikot barangan Israel Ini kita pun tak tahu ada barangan yang dari Israel. Contoh macam Nestle. Saya rasa ramai beli Nestle tapi tak sedar itu dari Israel.
"Jangan kutuk orang tapi semak barangan dalam rumah kita. Takut-takut kita pun telah terbeli barangan Israel," tulis individu terbabit.
Terdahulu, ketegangan antara Palestin dan Israel kian memuncak selepas rejim Zionis itu bertindak ganas memukul dan mengusir umat Islam yang sedang bersolat di Masjid al-Aqsa pada 8 Mei lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pemuda 22 Tahun Bergaya Outfit RM900,000, Netizen Auto Jealous! - “Baiklah Duit Guna Beli Property”

gempak
21/07/2024
08:55 MYT
Satu video tular baru-baru ini menarik perhatian ramai pihak apabila ia mempamerkan seorang jejaka berusia 22 tahun memakai pakaian bernilai hampir RM900,000.
Hiburan

“Dulu Selalu Lihat Dari Jauh, Belum Mampu Nak Beli” - Imran Aqil Percaya Rezeki Selepas Kahwin

gempak
20/03/2024
08:55 MYT
Alhamdulillah. Rezeki makin bertambah lepas kahwin.
Laman Utama

Tidak Digugurkan, Kontrak Bella Hadid Dengan Dior Tamat Mac Tahun Lalu

gempak
09/11/2023
08:37 MYT
Bella bergelar duta alat solek Dior bermula tahun 2016
Laman Utama

Netizen Berang Dior Pecat Bella Hadid, Gantikan Dengan Model Isr*** May Tager!

gempak
08/11/2023
05:57 MYT
Netizen lancar kempen boikot Dior.
Laman Utama

"Sakitnya... Pakai Epidural Tapi Tak Berkesan" - Leeyana Rahman Bersalin, Suami Sambut Kelahiran Anak

gempak
09/05/2022
04:42 MYT
Sakitnya nak bersalin hanya ibu-ibu sahaja yang mengetahuinya.