HIBURAN
"Kena Hack Kot..." – Netizen Perasan Akaun Thread Edika Yusof Komen 'Hi' Di Gambar ‘Wanita AI’
Sejak timbul kes penceraian, nama pelakon Edika Yusof sering mendapat perhatian ramai.
Terbaharu, kecoh di platform Thread apabila ada pengguna yang melihat selebriti tersebut meninggalkan komen ringkas “Hi” pada beberapa buah gambar wanita yang rupa-rupanya dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Gambar tersebut dimuat naik oleh akaun yang disyaki bot atau spam, dengan kapsyen berbunyi seperti mesej automatik: “Visited your profile (200) times. Sent you (5) messages,” lengkap dengan pautan mencurigakan.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah komen Edika Yusof bertarikh 23 September 2024 di ruangan balas, yang dipercayai dibuat tanpa menyedari wanita tersebut bukan manusia sebenar.


Menjengah ke ruangan komen, netizen mula membanjiri posting tersebut dengan pelbagai reaksi.
“Threads edika yusof tu real account ke? seram pulak aku tengok replies dia semua hi pompuan cekci.
"Memang betul ke dia.
"Macam fake je. Akaun kena hack kot. Takkan dia tak tahu orang yang dia reply tu fake akaun juga.
"Hi dear, betul ke tu acc dia," komen beberapa netizen.
Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis tiada lagi sebarang pengesahan daripada pihak Edika Yusof mengenai isu ini.
Sekadar info, pada Mac lalu, Nor Hidayah memfailkan perceraian terhadap Edika di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, manakala Hidayah memiliki seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
Must-Watch Video