,
Laman Utama

Kempen Geng Kita Bawakan Kandungan Original Astro Kids Hebat Sempena Cuti Sekolah Ini

Shahrin Zulkifle
26/08/2022
11:00 MYT
Bersempena musim cuti sekolah yang akan tiba, Astro Kids bakal menyajikan rancangan-rancangan original tempatan menerusi Kempen Geng Kita bermula September sehingga Oktober depan.
Tujuan utama Kempen Geng Kita adalah untuk memupuk semangat kebersamaan antara sahabat serta merapatkan silaturrahim sesama keluarga sempena kedatangan musim cuti sekolah nanti.
Menurut Ketua Pengurus Kandungan Kanak-Kanak Astro, Farah Fauzana Zainol Kamar, Kempen Geng Kita bakal menyajikan pelbagai pengisian menarik yang memaparkan elemen kekeluargaan.
Malah, pihaknya turut berharap penonton akan terhibur dengan pengisian yang disajikan menerusi kempen tersebut.
“Kempen Geng Kita mahu menunjukkan kepelbagaian jalan cerita untuk segmen muda di platform Astro yang menerapkan elemen kebersamaan dan kekeluargaan.
“Lantas segmen kanak-kanak merupakan antara segmen teras untuk Astro dalam mengukuhkah lagi kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan tempatan kanak-kanak pertama di Malaysia.
“Paparan Kempen Geng Kita sememangnya hebat-hebat belaka dan kami di Astro berharap agar anak-anak serta ibu bapa mereka akan terhibur.
“Kami berbangga kerana mampu menayangkan hasil-hasil kandungan yang setaraf dengan produksi antarabangsa, namun dengan gaya dan nada Malaysia yang membuatkan kandungan kami unik untuk para penonton muda kami,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Geng Kita bertempat di Plaza Vads, TTDI pada Khamis.
Kempen Geng Kita bakal diterajui tiga siri pelbagai genre yang diterbitkan khusus sempena musim cuti sekolah ini.
Dalam pada itu, Astro Kids mempertaruhkan drama-drama original yang menyelit pelbagai genre dan elemen penceritaan yang bakal menarik minat golongan muda dan seisi keluarga untuk menonton.
Berikut merupakan rancangan yang bakal menemani penonton sepanjang sesi cuti sekolah buat tontonan seisi keluarga:

#1 Senduk Swap

Menurut pengarah, Jared Lee berkata Senduk Swap bakal memberikan nilai dan pengajaran yang baik kepada penonton terutamanya golongan muda.
Malah dia turut berterima kasih kepada barisan pelakon yang menjayakan siri tersebut.
“Rancangan ini dibuat untuk merapatkan silaturrahim ahli-ahli keluarga dan memberi inspirasi kepada golongan muda untuk mengejar impian mereka. ‘Senduk Swap’ turut menerap elemen kemurnian dan keikhlasan serta semangat saling bantu membantu.
“Saya turut berharap agar rancangan ini dapat membuka peluang untuk para pelakon dan krew yang berbakat besar kerana tanpa mereka, ‘Senduk Swap’ tidak mungkin terjadi,” katanya.
Sinopsis:
Siri komedi famili ini mengisahkan dua remaja, Ayu (Qasrina) dan Sofea (Emma) yang berasal daripada dua latar belakang yang jauh berbeza. Ayu berasal dari kampung dan berazam untuk menjadi chef terkenal. Manakala Sofea, seorang fashionista yang hidup dalam kemewahan di bandar.
Mereka berjumpa pada hari pembukaan kolej dan terjadi sebuah kejadian misteri yang membuatkan mereka tertukar badan! Ayu dan Sofea perlu mengatasi kelemahan masing-masing untuk mendapatkan hidup mereka kembali.
Senduk Swap yang bakal bersiaran sebanyak lapan episod dibarisi barisan pelakon seperti, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Fatimah Abu Bakar, Qasrina Karim dan Emma Sofea.
Senduk Swap akan ditayangkan pada 9 September setiap Jumaat, jam 3 petang di TA-DAA! (saluran 612).

#2 SMK Musim 4

Rancangan live-action scripted nombor satu di saluran Astro Ceria, SMK kembali dengan musim terbaharu yang bakal bersiaran sebanyak 10 episod.
Menurut pengarah, Khairi Anwar SMK 4 sedikit berbeza berbanding siri terdahulu kerana ianya mengisahkan kehidupan rakyat Malaysia dalam menjalani satu fasa yang berbeza ketika Covid-19 membadai negara.
“Secara peribadi, SMK merupakan siri TV pertama saya sepanjang kerjaya saya. Musim ketiga SMK serta keempat merupakan catalysis saya dalam memenuhi impian saya dalam industri hiburan ini.
“Kisah pelajar-pelajar SMK yang mengharungi fasa berbeza merupakan cerita yang dikongsi bersama oleh ramai rakyat Malaysia. Saya berharap SMK 4 akan memberikan ilham kepada generasi muda Malaysia,” katanya.
Sinopsis:
SMK 4 bakal membuka tirainya ketika pasca-pandemik. Pada mulanya Adam (Idan) gembira untuk kembali ke sekolah kerana dia dapat berjumpa semula dengan kawan-kawannya. Malangnya, keadaan sekolah semakin teruk dan sikap kawan-kawannya yang tidak sama seperti dahulu. Kawan-kawan dan para guru menghadapi pelbagai kesulitan selepas wabak pandemik melanda.
Bukan setakat itu, sekolah mereka turut diancam untuk ditutup kerana seorang Datuk (Aziz) ingin membelinya untuk membina sebuah kilang. Untuk mengelakkan geng SMK berpisah buat selama-lamanya, Adam mendapatkan bantuan pelbagai pihak supaya sekolah tersebut dapat diselamatkan.
SMK 4 diterajui Idan Aedan, Mohd Wafiy Ilhan, Erissa Puteri, Mia Sara Nasuha, Elly Mazlein serta Aziz M.Osman.
SMK 4 akan ditayangkan pada 3 Oktober setiap Isnin pada jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611).

#3 Skuad Detektif KBAT

Astro Ceria dan Astro Tutor TV SK mengambil langkah berbeza pada kali ini dengan mempersembahkan rancangan pendidikan berbentuk investigative comedy (komedi penyiasatan), sesuai untuk murid-murid sekolah rendah yang perlu menguasai KBAT.
Bersiaran sebanyak 12 episod, Skuad Detektif KBAT bakal dibarisi wajah-wajah baharu seperti Adam Darwisyh, Isaac Lim, Airene Adriana, Alyssa Dezek serta didukung oleh pelakon-pelakon berpengalaman seperti Catriona Ross dan Douglas Lim.
Kata Hasnul Hadi Suhadi selaku pengarah, dia amat tertarik dengan jalan cerita siri tersebut.
Malah, Hasnul turut berbangga melihat bakat yang dipamerkan oleh barisan pelakon cilik dalam Skuad Detektif KBAT.
“Semasa saya diberi tugasan untuk mengendali Skuad Detektif KBAT, saya tertarik dengan jalan cerita siri investigative comedy yang melibatkan kanak-kanak serta berelemenkan informasi pendidikan.
“Tugasan utama saya adalah untuk memastikan cerita yang dipaparkan masih memenuhi kehendak pendidikan yang mampu membuat kanak-kanak terhibur.
“Pertama kali saya berjumpa Adam, Isaac, Aireen dan Alyssa, saya teruja melihat bakat mereka.
“Dengan bakat-bakat yang menakjubkan serta digabung dengan Douglas Lim dan Catriona Ross, penceritaan Skuad Detektif KBAT bakal menggegarkan saluran Astro Ceria dan Astro Tutor TV SK kelak,” ujarnya.
Sinopsis:
Skuad Detektif KBAT mengisahkan empat sekawan iaitu Khai (Adam), Brian (Isaac), Ana (Aireen) dan Trisha (Alyssa) dengan kemahiran yang berlainan dalam menyiasat seorang pencuri berlian antarabangsa yang bersembunyi di kejiranan mereka.
Mereka menggunakan teknik KBAT untuk menyelesaikan misteri demi misteri, tanpa menyedari mereka semakin terdedah kepada ancaman yang tak dijangka.
Skuad Detektif KBAT akan ditayangkan pada 21 September setiap Rabu, jam 3 petang di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Tutor TV SK (saluran 601).
Ketiga-tiga siri ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Didi & Friends, Kini Pengembaraan Menyelamatkan Dunia Diteruskan Bersama Oga & Friends!

gempak
18/09/2024
12:50 MYT
Astro membawakan satu lagi siri animasi baharu iaitu Oga & Friends.
Drama

Mira Filzah Love Berlakon Dengan Nabila Huda - “Seronok Tengok Gelagat Dia, Wataknya Pula Jadi Mak Kundur”

gempak
06/08/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mira Filzah akui seronok bergandingan dengan aktres Nabila Huda menerusi drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.
Hiburan

Mira Filzah, Kamal Adli Bintangi Hikayat Bawang Merah Bawang Putih

gempak
24/07/2024
16:35 MYT
Pelakon jelita Mira Filzah antara bintang utama drama rantaian empat episod adaptasi daripada kisah dongeng Bawang Merah Bawang Putih.
Laman Utama

Watak Dalam The Cadets Tarik Perhatian, Netizen Usik - “Hawa Tu Kenit Kenit, Tapi Samseng Kemain Ek”

gempak
27/12/2023
14:55 MYT
Hawa comel jadi bomba.
Laman Utama

Diinspirasi Oleh Variasi Kulinari Di Malaysia, Astro & Warnakala Studios Persembahkan Animasi Baharu, Makania

gempak
07/12/2023
06:28 MYT
Bakal menemui penonton Jumaat ini