,
Berita

"Kemoterapi & Radioterapi Sangat Menyakitkan Rasa Macam Nak Tercabut Nyawa" - Elyana

Rozaimi Zubaidi
25/02/2019
04:33 MYT
Penyanyi dan pelakon Elyana mengakui tersentuh dengan kisah yang dikongsikan oleh peserta Mikrofon Impian, Lily Zuliah Sakiman yang menghidap kanser Serviks tahap empat.
Menurut Elyana yang dijemput sebagai juri jemputan dalam Mikrofon Impian, mengakui faham dengan apa yang dirasai oleh Lily dan berharap dia tidak berputus asa untuk meneruskan kehidupan.
"Saya nampak masalah awak ini sebenarnya lebih kepada awak tidak dapat memberi zuriat. Tapi cuba awak pandang saya punya cerita pula, masa sakit saya harus menjaga anak yang masih kecil selepas saya membuat kemoterapi.
"Awak ada ramai adik beradik yang sayang dan ibu bapa yang sangat menyokong, jadi hiduplah dengan apa yang ada, syukurlah dengan apa yang ada dan jangan lupa berdoa.
"Saya tahu kemoterapi dan radioterapi terapi sangat menyakitkan rasa macam nak tercabut nyawa. Percayalah setiap doa pasti ada harapan," katanya.
Episod kedua program Mikrofon Impian menyaksikan Lily Zuliah Sakiman memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 20,000 untuk menyelesaikan masalah hutang ayahnya.
Menerusi segmen Cerita Mikrofon Impian yang dibawakan oleh Chatime Malaysia, Lily berkata dia bersyukur apabila dipilih sebagai juara.
"Alhamdulillah, daripada mula ujibakat dan sampai sekarang saya sudah berjaya untuk beri sesuatu kepada keluarga saya.
"Saya mahu memberi inspirasi kepada masyarakat dekat luar sana jangan putus asa dan kena kuat seperti mana Elyana menberi semangat kepada saya macam itulah saya mahu mereka bersemangat," katanya.
Program Mikrofon Impian diterajui Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.
Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.
Masyarakat yang prihatin boleh turut membantu dengan menyumbang secara ikhlas kepada peserta yang memerlukan sekiranya mereka gagal memenangi sebarang wang kemenangan menerusi platform MaybankHeart.
Mikrofon Impian dibawakan oleh Chatime Malaysia bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.