,
Laman Utama

Kemewahan ‘Santapan Jiwa’ Dewa 19 A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia

Maliah Surip
30/09/2023
14:52 MYT
Apabila Ahmad Dhani mengatakan ada karya Dewa 19 yang dihasilkan bukan bersifat semata-mata hiburan tetapi sesuatu yang boleh menjadi ‘lebih mewah’ terutama dalam format orkestra, maka itulah yang dapat dinikmati Baladewa dan penggemar muzik.
Sekitar 7,000 Baladewa dan penggemar yang memenuhi Axiata Arena malam tadi untuk berkenalan dan menikmati Dewa 19 A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia memperoleh apa yang dimaksudkan Dhani —- muzik bukan sekadar hiburan tetapi makanan jiwa (dalam format orkestra).
Bersama 54 pemain orkestra yang menerima pujian melambung dari Dhani sebagai lebih baik daripada pemuzik Indonesia, konsert yang dibawakan oleh Icon Entertainment tersebut membuahkan kepuasan yang berbeza buat Baladewa dan pencinta muzik.
Dewa 19 A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia adalah sebuah usaha dan tanda aras sesuai piawaian grup yang tidak akan gagal mencuit hati sesiapapun waima hanya pernah mendengar sebuah lagu seperti Selimut Hati.
Lalu pada malam konsert, permainan Dewa 19 dan orkestra dengan untaian lagu yang telah menerima susunan semula benar-benar bersifat mewah.
Dibuka dengan Bohemian Rhapsody yang dipimpin Dhani, sebelum memberi kuasa penuh kepada Konduktor Muzik dari Indonesia, Guntur Nur Puspito memimpin permainan orkestra Malaysia sudah cukup membuat penonton bangga betapa megahnya pemuzik tanah air bersama kepakaran yang selalu ‘terlupakan’ kerana fokus kerap diberi kepada vokalis sahaja, misalnya.
Dan Dhani juga mengambil kesempatan membawa muzik kegemarannya dari tembang Rusia kepada My Way, Aku Cinta Kau Dan Dia sehingga karya handal Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Madu Tiga menerusi susunan muzik yang membuat penonton menelaah, ‘membedah melodi’ lalu menikmati santapan jiwa dengan senyuman.
Tidak lengkap Dewa 19 tanpa tiga vokalis andalannya ; Ello yang terus ‘meroket’ bersama Arjuna, Sudah serta Pupus.
Virzha pula buat kesekian kalinya dengan gaya sederhana tetapi memanah tepat di hati pendengar apabila melantunkan gemersik vokalnya lewat tembang Pangeran Cinta, Risalah Hati, Selimut Hati dan Kosong.
‘The one and only legendary’ Ari Lasso tidak dapat dinafikan betapa kuat karisma dan tentu sahaja ‘suara dari surga’ membuat konsert tersebut sempurna.
Susunan muzik Satu menjadi sangat ‘besar’, sebesar makna dalam tiap bait lirik yang disifatkan Ari, si pejuang kanser sebagai ‘ubat’ saat dimainkan bersama orkestra — membuat menewarang di awangan betapa dahsyatnya karya yang digarap pada tahun 2004 menerusi album Laskar Cinta.
Cintakan Membawamu, Dua Sedjoli, Roman Picisan, Kangen dan kemudian ditutup dengan Separuh Nafas bersama semua vokalis adalah pilihan lagu yang cukup indah dalam format orkestra.
Harus dibanggakan juga penampilan tiga penyanyi tempatan iaitu Amir Masdi (duet bersama Ello untuk Bohemian Rhapsody), Shila Amzah duet Jaclyn, Begitu Salah Begini Benar yang tidak kurang menarik.
“Pada saya ini adalah saat yang tepat untuk Dewa 19 membawa budaya baharu bermain bersama orkestra,” ujar pemain gitar mereka, Andra.
Dan benar Andra, ia sangat tepat.
Malah tidak keterlaluan jika disifatkan selepas hampir tiga dekad dalam industri hiburan Nusantara dengan telah mengumpul jutaan peminat, melakukan mungkin puluhan ribu persembahan sejak debut, Dewa 19 A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia adalah satu anjakan buat grup asal Surabaya ini.
Hal ini kerana sebagai salah seorang penonton yang pernah hadir menyaksikan puluhan persembahan Dewa 19 sejak lebih 10 tahun lalu, penulis harus mengatakan — inilah saat yang ditunggu ; Dewa 19 tidak lagi memainkan format dan dengan tiada perubahan pada susunan muzik tetapi naik ke pentas lalu menjual tembang ‘berhantu’ mereka secara ‘begitu sahaja’.
Meski demikian, muzik hanya sekadar hiburan tetapi cara menghargai dan menikmati dalam fasa, kesukaan serta kelas masing-masing adalah bergantung kepada cita rasa peribadi.
Kredit foto: @echolaliapictures & @Bangsawan Pictures
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Hiburan

Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"

gempak
21/11/2024
06:55 MYT
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Hiburan

Luar Biasa! M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Jentik Emosi Peminat Di Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

gempak
19/11/2024
15:52 MYT
Dengan kehadiran lebih 900 penonton, ternyata penganjuran Konsert Amal Orkestra Filharmonik Malaysia, MPO Benefit Concert: Resonance for a Reason berjaya menambat hati peminat.
Hiburan

Peminat Sanggup Berhujan Layan Pesta Muzik Cuckootopia 5 Jam Tanpa Henti, Kim Soo Hyun Bikin Hati Cair!

gempak
18/11/2024
15:55 MYT
Biduanita Negara Datuk Siti Nurhaliza berjaya memukau kira-kira 18,000 penonton yang hadir di Pesta Muzik Cuckootopia bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 Cuckoo yang diadakan di Surf Beach,Sunway Lagoon malam Ahad.
Unitar