,
Laman Utama

Kemenangan Dipertikaikan, Sophia Albarakbah Senaraikan Filem Lakonannya - “Saya Menang Hasil Daripada…”

Asyikin Mayudin
25/07/2023
03:55 MYT
Kemenangan pelakon Sophia Albarakbah dalam kategori Aktres Filem Popular di malam Anugerah Bintang Popular (ABPBH) baru-baru ini dipertikaikan oleh segelintir netizen.
Bagaimanapun Sophia tampil menjelaskan kerjaya seni dia sebenarnya bermula dengan filem namun menyedari ketika itu tidak dikenali disebabkan muncul pada waktu PKP.
“Ikutkan saya mula dalam bidang seni dengan filem Mimaland… waktu itu betul-betul masih baru dan tak ada ilmu sangat. Waktu itu memang orang tak kenal, saya mula 2019.
“Lepas itu saya ada berlakon filem Jerangkung Dalam Almari, Pasal Aku, Ada Hantu 1 dan Ada Hantu 2. Mungkin kerjaya lakonan saya bermula ketika PKP dan orang tak pergi wayang itu yang tak berapa kenal.
“Jadi, bila saya mula dengan drama barulah orang kenal saya. Jadi mungkin orang kenal saya berlakon drama dan tak sedar saya bermula dengan filem,” jelas Sophia.
Sophia ditemui ketika majlis pelancara koleksi terbaharu jenama NADA, Summer To Remember di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.
BACA SINI: “Cukup-Cukup La Salahkan Saya!” - Sophia Albarakbah Nafi Jadi ‘Penyondol’ Rumah Tangga Pasangan Selebriti Terkenal
Dalam pada itu, Sophia turut mengakui dia berasa terkilan apabila netizen menganggap kemenangannya itu hanya disebabkan kontroversi yang melibatkan namanya sebelum ini.
“Mulut orang akan bercakap, sudah tentu saya ada terasa sikit la sebab saya kerja keras dalam industri ni dan menghasilkan karya. Tapi orang yang tak tahu hasil kerja kita.
“Mereka main cakap saja, tapi mungkin itu hanya beberapa peratus saja sebab saya boleh buktikan, saya menang hasil daripada undian peminat.
“Maksudnya, lagi ramai orang kenal saya daripada mereka yang berkata-kata. Kalau tak ada orang kenal, mesti tak ada siapa undi saya… jadi mestilah peminat,”ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Terima Banyak Hantaran Lucah, Sophia Albarakbah Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

gempak
14/08/2024
04:20 MYT
Terima pelbagai komen lucah dan hinaan secara atas talian, pelakon Sophia Albarakbah sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pelayar media sosial yang bertindak melakukan perbuatan tersebut.
Hiburan

Masih Terima Komen Negatif, Sophia Dedah Perlu Jumpa Pakar Kerana Siber Buli

gempak
07/08/2024
02:55 MYT
Pelakon Sophia AlBarakbah mendedahkan masih menjadi mangsa buli segelintir netizen di media sosial meskipun tiada lagi cerita kontroversi membabitkan dirinya.
Hiburan

Patutlah Pilih Ciri Calon Suami Yang Jujur & Tak Curang, Rupanya Sophia Albarakbah Pernah Ditipu Bekas Kekasih

gempak
04/07/2024
01:55 MYT
Pelakon, Sophia Albarakbah mendedahkan kriteria pemilihan calon suami idamannya.
Viral

“Malu Ke Netizen Tahu Dunia Seni Malaysia Teruk…” - Wargamaya Tolak Solidariti Erma Fatima Terhadap Ruhainies & Sophia Albarakbah?

gempak
30/04/2024
08:55 MYT
Rata-rata memberikan pendapat yang bertentangan dengan Erma.
Hiburan

“Tunggu Sophia Sendiri Beri Kenyataan” - Pengurusan Sophia Albarakbah

gempak
29/04/2024
10:25 MYT
Ini pula komen isu melibatkan Aliff Aziz dan Sophia.