Viral
Kembang Tekak! Ulat Sampah Berjalan Atas Sudu, Lelaki Ini Dakwa Alami Keracunan Makanan Selepas Makan Di Restoran Popular Di KL – ‘Sihat, Gemuk, Gebu”
Seorang lelaki mendakwa dia mengalami keracunan makanan selama lima hari gara-gara menjamu selera di sebuah restoran di Kamung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ulat Sampah Dalam Makanan
Menerusi perkongsian di TikTok, individu tersebut memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan ada seekor ulat sampah di atas sudu makanan yang dipesannya.
Dalam video pendek tersebut, kelihatan jelas seekor ulat sampah sedang bergerak di dalam mangkuk sup.
“Pertama sekali tak tahu nak cakap macam mana sebab makanan ni la aku keracunan makanan lima hari.
“Kedai tengah Bandar ada ulat sampah yang sihat gemuk gebu dalam sup,” tulisnya.
@eydilr Pertama sekali tak tahu nak cakap macam mana sebab makanan ni la aku keracunan makanan 5 hari . Kedai tengah bandar ada ulat sampah yang sihat gemuk gebu dalam sup ?? Dari segi service waiter slow mengarut , makanan pulak kurang bersih . Toilet / kitchen / tempat buat air pun dah macam apa tengok nak cakap apa pun tak tahu dah ? #hygiene #kkm #fyp #trending #sampah #kotor ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) - SoLaTiDo
Servis Teruk
Tambah individu tersebut, dia turut membuat reviu terhadap perkhidmatan servis restoran tersebut yang didakwa sangat teruk.
“Dari segi servis, waiter slow mengarut, makanan pula kurang bersih.
“Toilet, kitchen dan tempat buat air pun dah macam apa tengok nak cakap apa pun tak tahu dah,” dakwanya lagi.
Menjengah ke ruangan balas, ada beberapa pengguna lain turut tampil memberi komen dengan mendakwa restoran tersebut sangat teruk.
“Sini la saya pi bawa family, Ya Allah penuh lipas sampai ke meja makan,” dakwa seorang netizen.
“Baru je pergi sini. Dulu lipas dalam air kopi ais,” dakwa netizen lain.
“Dah la mahal situ, Cik Ti (tikus) siap berlari-lari lagi kat tepi meja,” komen netizen lagi.
Malah, ramai juga memaklumkan restoran tersebut adalah restoran kegemaran mereka.
Video pendek tersebut kini meraih lebih 1.7 juta tontonan, 45,000 tanda suka dan 3,400 komen.
ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Makan Hidangan Belut Panggang, 130 Orang Alami Keracunan
ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Ayam Gunting, 99 Pelajar, Guru Alami Keracunan Makanan!
ARTIKEL BERKAITAN: Keracunan Makanan: Sampel Darah Kanak-Kanak Perempuan Sedang Dianalisis
ARTIKEL BERKAITAN: Polis Sahkan Dua Maut Keracunan Makanan Disediakan Program Sekolah
ARTIKEL BERKAITAN: Biarkan Ayam Terdedah Lama Di Singki Punca Keracunan Makanan, Dr Malar Kongsi Tips Defrost Yang Betul
Must-Watch Video