,
Gaya Hidup

Kembali Ke KL, Tay Tawan Teringin Nak Cuba Nasi Lemak Yang Dijual Di Gerai

Izwan Isa
01/03/2024
12:55 MYT
Pelakon asal Thailand, Tay Tawan mengakui berasa teruja dapat kembali semula ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan peminat.
Tay atau nama lengkapnya Tawan Vihokratana berkata, pihak pengurusannya pernah secara bergurau meminta dia berpindah ke Kuala Lumpur gara-gara sokongan luar biasa yang diterima daripada peminat.
“Ketika mula-mula menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, pengurusan saya cadangkan saya berpindah ke sini sebab peminat saya ramai.
“It’s so good to be back here,” ujar Tay Tawan ketika menghadiri majlis pelancaran kempen Takeover Thailand With Tay Tawan pada Khamis.
Sudah tentu, hal yang paling mengujakan buat lelaki berusia 33 tahun itu adalah kepelbagaian makanan tempatan yang ada di sini.
“Saya dah cuba nasi lemak, tapi yang dihidangkan di atas kapal terbang. Dan nasi lemak kedua yang saya cuba adalah di pusat beli-belah. Jadi, kalau boleh saya nak cuba nasi lemak yang dijual di gerai.
“Kalau nak tahu, saya makan nasi lemak dan sambalnya habis dahulu. Saya suka makanan pedas. Lagi satu, saya suka laksa, sangat sedap,” katanya lagi.
Bercakap mengenai statusnya sebagai Duta Laluan AirAsia untuk Malaysia, Tay Tawan menzahirkan rasa berbesar hati mewakili Thailand dan memainkan peranan dalam mempromosikan negara tercinta saya untuk pelancong dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
“Thailand menawarkan pelbagai tarikan menakjubkan, daripada landskap memukau kepada rakyat yang mesra, dan saya teruja untuk terus mempromosikan destinasi ini bersama-sama AirAsia.
“Dengan menghubungkan Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand, kita bukan sahaja dapat meningkatkan sektor pelancongan malah memperkukuhkan hubungan sesama negara. Jom lawati destinasi di Thailand bersama-sama saya dan AirAsia!" kongsinya.
Menerusi kempen ini, AirAsia bekerjasama secara strategik dengan Tay Tawan bagi menawarkan pengalaman perjalanan terbaik dan memainkan peranan penting dalam mencetus inspirasi para pelancong dari pasaran utama untuk meneroka Thailand.
Sempena pelancaran kempen ini, AirAsia menawarkan tempat duduk percuma dari Kuala Lumpur ke Chiang Mai terhad untuk 72 jam mulai semalam sehingga 3 Mac 2024 bagi tempoh perjalanan antara sekarang dan 30 November 2024.
Pelanggan juga boleh menerokai destinasi lain seperti Krabi, Phuket, Hat Yai dan Bangkok dari Kuala Lumpur daripada RM99 untuk tambang termasuk semua sehala.

BERITA TRENDING: “Terima Kasih Bang, Nasi Saya Dah Jadi Rojak Campur” - Aksi Rider Tunggang Kuda Raih Perhatian

BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Halim Yazid Berniaga Nasi Lemak - “Sebenarnya, Baru Enam Bulan Saya Berniaga…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Elcah Dedah Pramugari Sondol Suaminya! Siap Panggil Baby Sayang, Minta RM20,000 - “Mana Pergi Hati Kau, Aku Perempuan Dan Kau Pun Perempuan”

gempak
22/07/2024
06:52 MYT
Pempengaruh media sosial, Elcah mendakwa suaminya telah diganggu oleh seorang wanita yang bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkemuka.
Berita

Gangguan IT Global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia Dan MAHB Tidak Terjejas

gempak
19/07/2024
10:14 MYT
Perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
Viral

Netizen Dedah Sikap Sebenar Pramugara Tular Wajah Awet Muda Usia 60 Tahun - “Baik & Murah Dengan Senyuman”

gempak
04/07/2024
07:00 MYT
Seorang pramugara syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menjadi tular baru-baru ini disebabkan wajahnya yang kelihatan awet muda.
Gaya Hidup

AirAsia Perkenal Nursing Cover Untuk Juruterbang & Kru Kabin Baru Jadi Ibu

gempak
18/05/2024
13:57 MYT
Sempena meraikan Hari Ibu, AirAsia mengumumkan penambahan kain penutup penyusuan kepada kit pakaian seragam juruterbang dan kru kabin yang baru bergelar ibu.
Laman Utama

Tony Fernandes Tayang Tesla Di Instagram, Netizen Mahu Duit Refunds AirAsia Dikembalikan

gempak
03/09/2021
13:45 MYT
Kereta siapa tu?