Laman Utama

Kemaluan Membengkak Lepas Sangkut Dalam Botol Plastik? Lelaki 47 Tahun Ini Akhirnya Terpaksa….

gempak
Hanafis Haris
12/04/2021
04:32 MYT
Sponsor Banner
Kemaluan Membengkak Lepas Sangkut Dalam Botol Plastik? Lelaki 47 Tahun Ini Akhirnya Terpaksa….

Kedengaran agak aneh tapi itulah hakikat yang berlaku semalam apabila kemaluan seorang lelaki berusia 47 tahun tersekat pada muncung botol plastik.

Kejadian berkenaan difahamkan berlaku di Pontian, Johor.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Julia Sani, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.18 malam.

Jelasnya, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama enam anggota dihantar ke Hospital Pontian, bagi membantu menyelamatkan mangsa.

"Sebaik tiba di Hospital Pontian, didapati seorang lelaki dewasa dengan kemaluannya tersekat pada muncung sebuah botol plastik.

"Alat sulit lelaki tersebut membengkak hingga sukar dikeluarkan dari muncung botol plastik itu menyebabkan dia ke Hospital Pontian bagi mendapatkan bantuan.

"Anggota bomba segera bertindak memotong botol berkenaan menggunakan satu unit alat peralatan khas pemotong.

“Beberapa hampir 20 minit kemudian kami berjaya mengeluarkan kemaluan lelaki itu dari muncung botol plastik berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : Harian Metro

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024