BERITA
Kemalangan Bas UPSI: Syarikat Bas Nafi Guna Khidmat Pemandu Lori
Syarikat Kenari Utara menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya menggunakan khidmat pemandu lori sebagai pemandu gantian untuk menghantar pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Guna khidmat pemandu yang mempunyai pengalaman luas
Pegawai Operasi syarikat itu, Mohd Nazri Nawi, meluahkan kekecewaan terhadap tuduhan netizen tersebut.
Nazri menjelaskan bahawa syarikat berkenaan menggunakan khidmat seorang pemandu berusia 52 tahun yang mempunyai pengalaman luas memandu bas ekspres dan tiada sebarang rekod kesalahan berkaitan dadah atau jenayah.
"Kami memang menafikan perkara itu kerana pemandu yang berasal dari Besut itu seorang yang berpengalaman," katanya seperti dilapor Sinar Harian pada Isnin.
Nazri turut menjelaskan bahawa kenderaan itu sepatutnya dikendalikan oleh pemandu tetap, namun individu tersebut bercuti kerana urusan keluarga, justeru memerlukan pemandu gantian.
ARTIKEL BERKAITAN:Kemalangan Bas UPSI: Lewat 15 minit, Pelajar Terselamat
ARTIKEL BERKAITAN:Tular Video Keadaan Bas Selepas Kemalangan, Bekal Makanan Raya Dari Kampung Bertaburan Undang Sebak - “Dengan Hasrat Bila Sampai Boleh Makan Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN:Bas Bawa Pelajar UPSI Terlanggar Belakang Alza - Polis
ARTIKEL BERKAITAN:“Pelajar Sewa Bas Sendiri Pulang Dari Cuti Aidiladha” - Naib Canselor UPSI
ARTIKEL BERKAITAN:15 Pelajar UPSI Maut, Puluhan Cedera Nahas Bas Dan MPV Dekat Tasik Banding
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Nazri sebelum itu turut menyatakan kesediaan Kenari Utara untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung nahas bas yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, awal pagi Isnin.
Nazri juga memaklumkan kedua-dua pemandu bas yang terlibat dalam nahas tersebut, masing-masing berusia 39 dan 52 tahun, berasal dari Besut, Terengganu.Sumber: AWANI menerusi Sinar Harian
Must-Watch Video