,
Laman Utama

Keluarga Kardashian Belanja 30 Utas Jam Rolex Untuk Kru Produksi Keeping Up With The Kardashians!

Asraf Aided
15/01/2021
14:25 MYT
Keluarga Kardashian mencuri perhatian ramai apabila membelanjakan 300,000 USD (melebihi RM1 juta) untuk menghadiahkan 30 utas jam tangan Rolex kepada kru produksi program Keeping Up With The Kardashians (KUWTK).
Memetik laporan Daily Mail, hadiah yang diberikan oleh Kourtney, Kim, Khloe dan ibu mereka Kris itu adalah untuk menghargai usaha keras warga kru selama 14 tahun menjayakan program tersebut.
Mereka membuat kejutan sebaik selesai penggambaran terakhir untuk musim ke-20.
Kourtney, Kim, Khloe dan Kris juga memberi ucapan istimewa sebagai tanda terima kasih kepada semua warga kerja.
Difahamkan, kru produksi KUWTK mengatakan mereka setia menjayakan program tersebut dalam tempoh masa yang panjang kerana seronok bekerja dengan keluarga tersohor itu.
Sumber juga melaporkan, cenderahati mewah itu juga menyebabkan warga kru berasa terharu dan berterima kasih.
Penggambaran KUWTK berakhir untuk musim ke-20 pada malam Jumaat lalu selepas 14 tahun ditayangkan.
Sumber : Daily Mail Kredit Foto : Vanity Fair
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Rolex Kesayangan Dr Zul Berpindah Tangan, Lelaki Dari Pasir Gudang Kini Jadi Pemilik Baharu

gempak
01/11/2023
23:55 MYT
Jam tangan Rolex dibida pada harga RM135,000
Laman Utama

Bidaan Jam Rolex Dr Zul Ditutup Pada Harga RM135,000: “Semoga Allah Ganjari Niat Murni…”

gempak
01/11/2023
01:19 MYT
Jam tangan Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akhirnya berjaya dibida
Laman Utama

Dr Zulkifli Lelong Jam Tangan Rolex Pemberian Raja Saudi, Hasil Bidaan Disalur Sepenuhnya Kepada Palestin

gempak
30/10/2023
05:53 MYT
Dr Zulkifli buka bidaan pada harga RM40,000
Laman Utama

Jam Buruj Lebih 'Mewah' Dari Rolex, Boleh Tentukan Arah Kiblat Dengan Harga Serendah RM200

gempak
07/09/2021
00:45 MYT
Jam Rolex paling mahal bernilai RM2 juta
Viral

"Aku Ingat Aku Tadi!" - Sekali Imbas Macam Sakinah, Rupa-Rupanya ...

gempak
21/11/2018
02:36 MYT