,
Laman Utama

Keluarga Dakwa Barang Peribadi Mangsa Batang Kali Dicuri, Polis Lakukan Siasatan Serta…

Gempak
02/01/2023
04:03 MYT
Terbaharu, terdapat dakwaan dalam satu hantaran di laman Facebook bahawa terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan barangan milik mangsa tragedi insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan popular di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Suffian Abdullah mengesahkan hantaran itu dipercayai dimuat naik oleh seorang daripada ahli keluarga mangsa tragedi yang berlaku pada 16 Dis lepas.
Beliau berkata hantaran itu mendakwa terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan kad Touch 'n Go milik mangsa.
"Hari ini, polis telah menerima dua laporan berhubung insiden itu pada 2.47 petang.
"Satu kertas telah dibuka bagi menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri," menurutnya dalam satu kenyataan.
Justeru, Suffian menasihati masyarakat supaya bertenang dan tidak gusar dengan isu yang tular itu.
Beliau berkata ahli keluarga mangsa juga dinasihat supaya menghubungi polis sekiranya mempunyai isu berkaitan kehilangan barangan milik mangsa.
Orang ramai diminta agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tidak tepat atau menularkan berita palsu sebaliknya merujuk kepada polis atau pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-6064 1223," katanya.
Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.46 pagi itu telah mengorbankan 31 nyawa dengan 12 daripadanya adalah kanak-kanak dan seorang bayi lelaki berusia setahun.
Seramai 61 mangsa dilaporkan terselamat dalam insiden itu.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.