,
Laman Utama

Keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair Kenal Bakal Suami Baru Bunga Citra Lestari, Pernah Sambut Raya Bersama

Maliah Surip
28/11/2023
05:55 MYT
Berita Bunga Citra Lestari bakal berkahwin baru selepas empat tahun suaminya, Ashraf Sinclair meninggal dunia masih menjadi topik hangat di Indonsia.

BERITA TRENDING: Bunga Citra Lestari Sudah Move On, Bakal Nikah 2 Disember Di Bali

Selain melaporkan bintang terkenal itu akan berkahwin dengan pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana di Bali pada 2 Disember ini, media tempatan turut mencari tahu situasi bekas keluarga mentua Bunga atau BCL mengenai khabar baik tersebut.
Menurut Insertlive, keluarga Allahyarham Sinclair terutama ibunya, Dida didakwa telah memberi restu jika bekas menantunya, BCL ingin berumah tangga semula.
Dida dan keluarga juga dilaporkan telah berkenalan dengan Tiko sewaktu sama-sama menyambut perayaan Aidilfitri tahun lalu.
Pada foto yang beredar di internet, Tiko juga dilihat memakai busana raya yang sama dengan anak lelaki hasil pernikahan 12 tahun BCL dan allahyarham Ashraf iaitu Noah.
Laporan sama turut mengulang tulis doa yang pernah dititip Dida pada tahun 2020. Dida waktu itu mengucapkan tahniah di atas kelahiran lagu 12 Tahun Terindah dan berharap BCL boleh meneruskan kehidupan selepas ketiadaan Ashraf.
“Doa saya agar Bunga mendapat bimbingan Allah swt, tetap kuat dan sehat, bahagia dan bersyukur serta bisa berkontribusi, warisan yang Alm Ashraf tinggalkan untuk Bunga, Noah dan kita semua. Saatnya mengambil yang lain langkah untuk move on... kami bersamamu Bunga.”tulisnya.

PILIHAN PEMBACA: BCL Didakwa Sudah Ada Kekasih, Siapa Duda Bernama Tiko Aryawardhana?

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

"Selamat Hari Jadi Di Syurga" - BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Ashraf Sinclair

gempak
18/09/2024
16:55 MYT
Dalam satu hantaran di Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Wanita Terbahagia itu telah memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.