,
Viral

Keluarga 6 Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Penjara Narathiwat Rancang Lantik Peguam

Gempak
06/11/2024
11:05 MYT
Keluarga enam rakyat Malaysia yang ditahan atas dakwaan memiliki dadah di sebuah hotel di Golok, Thailand Jumaat lalu sedang mempertimbangkan untuk melantik peguam bagi membantu mereka dalam kes itu.

BERITA TRENDING: Mahkamah Narathiwat Tolak Permohonan Ikat Jamin 6 Warga Malaysia Disyaki Miliki Dadah

Bagaimanapun mereka mungkin berdepan kesukaran untuk mendapatkan peguam yang boleh berbahasa Melayu.
Seorang wakil keluarga yang enggan dikenali berkata, sekiranya mereka melantik peguam Thailand, ia akan menjadi masalah kepada mereka kerana perlu mencari jurubahasa.
"Kami bercadang mendapatkan khidmat peguam. Sejak kes itu tular, ramai peguam dari Thailand menawarkan perkhidmatan mereka kepada kami.
"Tetapi kami masih belum membuat keputusan kerana kami perlu membincangkan perkara ini dalam kalangan ahli keluarga supaya kami memilih peguam yang betul.
"Kami juga tidak mahu membuang masa dengan memilih peguam tidak boleh berbahasa Melayu dan Inggeris," katanya.

BERITA TRENDING: Enam Rakyat Malaysia Termasuk Artis Miliki Pil Kuda Dihantar Ke Penjara Narathiwat

Boleh melawat

Beberapa ahli keluarga termasuk penyanyi dikir barat moden itu sudah pulang ke Kelantan baru-baru ini.
"Kami dimaklumkan hanya boleh melawat semua mereka di Penjara Narathiwat selepas 10 hari," katanya.
Semalam media melaporkan, Mahkamah Narathiwat menolak permohonan ikat jamin bagi semua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman kerana disyaki memiliki dadah.
Jurucakap polis Thailand berkata, di bawah undang-undang dadah Thailand, sesiapa yang ditangkap dengan lebih daripada 200 pil Yaba, tidak boleh dibebaskan dengan ikat jamin semasa siasatan sedang dijalankan.
Jurucakap polis berkata, mahkamah Narathiwat kelmarin membenarkan polis menahan enam rakyat Malaysia berkenaan hingga 84 hari.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Keropok Lekor Losong Sudah, Terengganu Disaran Patenkan 'Ikan Celup Tepung' Pula

gempak
12/11/2024
12:39 MYT
Terengganu disaran mempatenkan produk makanan, ikan celup tepung yang popular di negeri ini, sebagai harta intelek bawah kategori Petunjuk Geografi (GI).
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Berita

"Saya Nampak Tayar Ativa Gilis Badan Zharif" - Saksi

gempak
12/11/2024
06:49 MYT
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, kereta Perodua Ativa yang dipandu pegawai kanan polis melanggar motosikal ditunggang seorang pelajar dari belakang sebelum menggilis badan mangsa, Disember tahun lalu.
Viral

Inspektor Sheila Bebas Kes Hina Peguam

gempak
12/11/2024
01:20 MYT
Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin, melepaskan dan membebaskan Inspektor Sheila daripada satu pertuduhan menghina kesopanan seorang peguam, tahun lalu.
Viral

Promosi Bisnes Cara Lucah, Netizen Kurang Senang Peniaga Guna Marketing Memalukan - “Boikot Sahaja!”

gempak
11/11/2024
04:55 MYT
Tular baru-baru ini beberapa video memaparkan peniaga mempromosikan donut susu dengan aksi lucah.
Unitar