,
Hiburan

"Keluar Sebab Perform Macam Baru Keluar Toilet, Biasa-Biasa..." - Ayda Jebat Throwback Momen AF9

Kamaruddin Razal
14/04/2020
02:20 MYT
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengimbas semula perjalanan awal kariernya dalam bidang seni.
Mula menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) pada tahun 2011, Ayda berkongsi coretan terbabit di laman Instagram miliknya.
"Okay sebab dekat Twitter ramai tanya ‘Betul ke Ayda Jebat dari AF?’ ‘Awal sangat ke dia terkeluar sebab taktau pun dia masuk AF?’
"Yes. Akademi Fantasia 9, tahun 2011. Dikeluarkan dari AF9 sebab perform macam baru keluar dari toilet, biasa biasa, entah apa-apa.
"Dulu bila keluar lagu Menuju Puncak, confirm rasa nak terkencing, takut terkeluar," tulis Ayda.
Menerusi entri terbabit, Ayda memuat naik sedutan video dia menyanyi dan menari lagu keramat AF, Menuju Puncak bersama pelajar-pelajar AF9 yang lain.
Tambah pelantun lagu Temberang itu, dia tidak berhenti berusaha biarpun dia tersingkir awal dari AF9.
"Tapi ternyata apa yang Allah atur tu tepat. Yang pasti buat kamu pasti untuk kamu. Jangan berhenti usaha.
"Biar terkeluar dan kalah awal. Dari bawah kita belajar dan kekal. Tanpa disangkal. Love, AJ," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kesungguhan Ayda yang berusaha menempatkan diri dalam dunia seni biarpun rezekinya di AF9 tidak lama.
Dalam pada itu, pengikut Instagram Ayda juga memuji kecomelan dan rentak tari penyanyi itu menyanyikan lagu Menuju Puncak.
Apapun, kepada pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-hardest-singing-show

THSS: Raih Naib Juara The Hardest Singing Show, Ayda Jebat Tumpang Gembira Kemenangan Aepul

gempak
15/07/2024
10:30 MYT
Penyanyi Ayda Jebat memaklumkan bahawa dia tidak berasa ralat dalam dirinya walaupun mendapat tempat kedua di konsert final The Hardest Singing Show musim pertama malam tadi.
the-hardest-singing-show

THSS: Aepul Roza Dinobat Juara, Bawa Pulang RM150,000! - "Saya Terkejut, Tak Pernah Menang Apa-Apa"

gempak
14/07/2024
16:10 MYT
Tahniah!
the-hardest-singing-show

THSS: Didakwa Tak Nasihat Isteri, Nabil Mahir Terima Teguran Netizen Dengan Terbuka

gempak
08/07/2024
13:55 MYT
Suami kepada penyanyi, Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir tampil mengulas dakwaan netizen mengenaidirinya yang tidak menjalankan peranan sebagai suami dengan baik.
Hiburan

THSS: Salah Landing Hingga Terkena Bahagian Czer Sewaktu Latihan, Ayda Jebat Kongsi Keadaan Terkini

gempak
07/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ayda Jebat memaklumkan bahawa tempat pembedahan bersalin (czer) di perutnya berdenyut ketika melakukan latihan bagi minggu ke-8 The Hardest Singing Show.
the-hardest-singing-show

Ayda Jebat Pesan Kepada Peminat Jangan Sesekali Bercakap Buruk Mengenai Artis Lain Di Media Sosial

gempak
09/06/2024
02:47 MYT
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mendedahkan sebab mengapa dia meluahkan perasaan mengenai rasa tidak suka sesetengah kelompok individu terhadapnya dirinya, terutama ketika dia kini sedang mengikuti pertandingan The Hardest Singing Show (THSS).