FILEM
Keluang Man x Qodrat? Lain Macam! Netizen Dah Tak Sabar Nak Tengok - “Mantap! Boleh Buat Multiverse Ni”
Kemunculan dua filem blockbuster yang dinanti-nantikan iaitu Qodrat 2 dan Keluang Man, yang dijadualkan pada April serta Mei ini ternyata membuatkan penonton tidak sabar.
Komen positif di media sosial
Sebagai bukti, sebaik sahaja poster teaser didedahkan, ramai yang menyambut baik selain memberikan komen-komen positif di media sosial.Malah dengan hashtag #KeluangManxQodrat , ada juga peminat yang mencipta teori menggabungkan dua dunia ini dan mencadangkan sekiranya akan ada crossover satu hari nanti!
Antara komen yang diterima:




Filem Qodrat 2, sekuel kepada filem seram Indonesia yang mencetuskan fenomena sebelum ini akan menggegarkan layar lebar pada 17 April.
Diarahkan oleh Charles Gozali, Ustaz Qodrat kembali dengan misi lebih mencabar kali ini, bukan sekadar melawan jin dan syaitan, tetapi juga kekuatan ghaib yang mengancam iman dan kesejahteraan umat.Sementara itu, 29 Mei pula menjadi tarikh keramat buat kemunculan semula hero legenda tanah air, Keluang Man!
Setelah bertahun menjadi mitos dan nostalgia rakyat Malaysia, Keluang Man kini diberi nafas baharu dalam filem aksi penuh stail, menyaksikan hero bertopeng ini bangkit menentang kejahatan moden yang mengganas di tengah kota.Must-Watch Video