,
Laman Utama

“Kelakar Juga Bila Tengok Diri Sendiri Berlakon” - Lah Ahmad Tak Pernah Terfikir Nak Jadi Pelakon

Mya Amri
19/10/2023
06:55 MYT
Penyanyi, Lah Ahmad, 43, mengakui pada asalnya tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang lakonan.
Bagaimanapun kata Lah, dia bersyukur dan menerima apa juga rezeki yang sudah ditetapkan A Tuhan dalam industri seni.
“Mula mula sekali, saya tak ada cita-cita pun nak jadi pelakon, saya mengaku saya tengok drama dan filem.
“Tapi untuk ada keinginan nak jadi seorang pelakon itu tak pernah ada. Saya sendiri pun tak sangka juga nak jadi pelakon.
“Kadang-kadang kita tak tahu rezeki kita dekat mana, pada umur yang sekarang ini tiba-tiba ada rezeki berlakon pula,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Lah juga menyatakan dia kini semakin jatuh hati pada dunia lakonan.
“Kelakar juga bila tengok diri sendiri berlakon sebab selalunya kita kan menyanyi sahaja atas pentas.
“Ada babak yang saya duduk atas lantai, main gitar, baling telefon, benda itu kena real. Rasa rilek dan lega pun ada juga.
“Sebab bila kita atas pentas semuanya kena sempurna, tiptop, nampak cantik, tak boleh nampak kaku, kekok dan sebagainya. Kalau jatuh sikit pun boleh lupa lirik.
“Tapi dalam lakonan ini ruangnya berbeza. Maksudnya kita ada kebebasan untuk rasa tenang, rasa selesa dan geram dengan karakter yang dibawakan.
“Jadi pada saya best. Saya sebenarnya jatuh cinta juga dengan berlakon ni, rasa seronok pula,” ujarnya. Saksikan episod akhir One Million Dolar Voice (1MDV) pada Khamis, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).
1MDV ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Ezzanie Jasny Rupa-Rupanya Perangai Sejenis Kalut, Tak Ada Beza Dengan Watak Fish Dalam Drama Uncle Boss Mama – “Sangat Chaotic”

gempak
09/09/2024
12:25 MYT
Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi pengalaman memegang watak Farafisha atau Fish di dalam drama Uncle Boss Mama.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.