,
Laman Utama

Kekayaan Raffi Ahmad & Isteri Diibaratkan Mampu Beli Pulau Madura Dan Pusat Beli-Belah?

Izwan Isa
28/01/2022
10:50 MYT
Di Indonesia, pasangan selebriti Raffi Ahmad, 35, dan Nagita Slavina, 34, diberi julukan sebagai pasangan ‘sultan’. Hal ini kerana, masing-masing mempunyai kekayaan luar biasa yang mungkin tidak dapat dicapai oleh pemikiran individu biasa.
Menerusi saluran Youtube Rans Entertainment, pembantu Raffi yang juga menguruskan kewangan mereka mendedahkan yang Raffi memiliki kekayaan yang sangat banyak, sehingga mampu membeli aset yang sangat besar dan mahal.
Kekayaan Raffi Ahmad
Sungguhpun tidak memberitahu jumlah kekayaan majikannya, namun, pembantu Raffi menjelaskan yang kekayaan Raffi membolehkan pelakon berkenaan membeli Pulau Madura dan satu kawasan perumahan Andra iaitu kediaman mewahnya.
Walaupun kekayaan Raffi secara pribadi sangatlah banyak, namun pembantunya itu memberitahu yang lelaki itu juga rajin melabur dan membuat pinjaman di bank. Bahkan, rumah yang didiaminya juga dibayar secara ansuran.
Bukan tidak mampu untuk membeli secara tunai, Raffi menegaskan yang bayaran secara ansuran memberikannya motivasi untuk tetap bersemangat mencari rezeki untuk keluarganya.
"Sebenarnya duitnya biasa-biasa sahaja. Kenapa saya bayar ansuran, sebab ingin memotivasikan diri. Bukannya tidak mahu beli cash. Saya beli sesuatu itu bayar secara ansuran supaya ada motivasinya buat, ‘Oh saya punya tanggungan, (bayar) dulu ya’.
“Katakan sekarang saya ingin hidup lebih santai, jadi kalau ada duit, boleh bayar penuh,” ujar Raffi.
Kekayaan Nagita
Tidak hanya Raffi, mungkin orang ramai turut ingin mengetahui kekayaan Nagita secara peribadi. Pembantu Nagita yang menguruskan kewangannya juga mendedahkan yang majikannya itu mampu membeli sebuah kawasan perumahan seperti suaminya dan juga sebuah gedung beli-belah.
Begitupun, Nagita menolak pendedahan tersebut dan mengatakan kekayaannya dan Raffi jauh berbeza, bak langit dan bumi.
Sumber pendapatan
Menerusi saluran Youtube Rans Entertainment, Raffi Ahmad memberitahu yang sumber kewangan mereka datang dari penglibatan mereka di acara televisyen. Sementara itu, keuntungan daripada Youtube Rans Entertainment pula dimasukkan ke dalam akaun syarikat milik mereka.
Sungguhpun masing-masing memiliki punca pendapatan yang lumayan, Raffi sebagai ketua keluarga tidak pernah lupa untuk memberi nafkah buat isterinya setiap bulan.
"Kalau pendapatan daripada TV milik Gigi akan masuk ke akaun Gigi, begitu juga saya. Tapi ada kewajipan lain yang harus saya uruskan untuk Gigi, seperti keperluan-keperluan rumah tangga,” ungkap Raffi.
Perbelanjaan
Berbeza soal mengelola kewangan masing-masing Raffi memberitahu yang cara perbelanjaan dia dan isterinya jauh berbeza.
Ujar Raffi, Nagita cenderung untuk lebih banyak ke berbelanja, sementara dirinya pula lebih cenderung ke arah pembelian hartanah,” katanya.
Raffi dan Nagita mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rafathar Malik Ahmad, 6, dan Rayyanza Malik Ahmad yang kini berusia dua bulan.
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Berita

Remaja 14 Tahun Bunuh D*ri Tak Tahan Dibuli, Diludah Kerana Tiada Rumah

gempak
16/11/2024
11:55 MYT
Seorang remaja berusia 14 tahun mengambil nyawa sendiri selepas kecewa kerana dibuli rakan di Sekolah Tinggi Santa Clara, California, Amerika Syarikat.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Hiburan

Dah Setahun Pemergian Suami, Hati Noniswara Belum Bersedia Untuk Bergelar Isteri Semula - "Ramai Saja Yang Melamar Saya Sebenarnya"

gempak
10/11/2024
11:55 MYT
Pelakon Datin Seri Noniswara mendedahkan dia banyak menerima lamaran daripada lelaki yang mahu menjadikannya isteri.
Unitar