,
Laman Utama

Kekalkan Fizikal Sihat, Syafiq Kyle Pilih Main Bola Bagi Jaga Stamina

Izwan Isa
30/01/2022
01:30 MYT

Setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam mengekalkan kecergasan dan pelakon popular, Syafiq Kyle tidak terkecuali.

Menurut pelakon drama Nur itu, dia kerap meluangkan masa menjalani aktiviti sukan dan riadah bersama kawan-kawan bagi memastikan dirinya kekal sihat dan bertenaga.
“Kebiasaannya, jika ada masa lapang, saya dan kawan-kawan akan berkumpul dan kami akan lakukan aktiviti sukan seperti beriadah dan juga bermain bola sepak.
“Kami juga menubuhkan Challo FC, yang ahlinya juga merupakan kenalan saya. Jadi boleh dikatakan hampir setiap minggu kita anjurkan friendly match.
“Jika saya tidak sibuk, saya mesti ikuti aktiviti yang diadakan oleh kelab. Selain berjumpa kawan, sukan ini juga boleh tingkatkan stamina dan bagus untuk kesihatan,” katanya.
Terdahulu, menerusi laporan media, Syafiq Kyle dikatakan membelanjakan sejumlah wang untuk menubuhkan kelab bolasepak miliknya yang diberi nama Challo FC.
Kongsi Syafiq, tujuan penubuhan kelab itu adalah disebabkan hasrat untuk menjadi pemain bola profesional tidak kesampaian.
Pelakon filem Pusaka itu turut memberitahu yang penubuhan Challo FC juga dilihat berjaya merapatkan hubungan mereka melalui aktiviti sihat.
Namun, pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu sedikit sebanyak membantutkan perancangan kelab ini untuk bergiat lebih aktif.
“Challo FC ditubuhkan hampir empat tahun. Kelab ini diketuai oleh pelakon Aedy Ashraf. Bukan sahaja pelakon, Challo FC juga turut dianggotai oleh penyanyi, model, influencer, YouTuber dan ahli perniagaan.
“Saya berharap supaya selepas ini kami boleh main bola dan buat aktiviti dengan lebih aktif lagi. Kita doakan la pandemik ini cepat-cepat berakhir… setiap kali main bola dengan team Challo, walaupun hanya friendly match perasaan seronok tu lain macam,” katanya lagi
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bakar Tangan, Diliwat & Paksa Meliwat, Penghuni Didera Penjaga Rumah Kebajikan

gempak
08/09/2024
00:55 MYT
Bakar tangan, cabut rumput sehingga penuh plastik hitam dan salah laku seksual antara bentuk penderaan yang dilakukan sebuah rumah kebajikan yang bernaung di bawah sebuah syarikat berkaitan produk Islam terkenal. Malah, ada dalam kalangan mereka menjadi mangsa liwat dan lebih malang selepas diliwat mereka pula akan dipaksa meliwat rakan lain oleh p
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.
Hiburan

“Urusan Jodoh, Ajal & Maut Bukanlah Di Tangan Saya” - Mimi Lana

gempak
17/08/2024
09:55 MYT
Pelakon Mimi Lana tampil bersuara selepas hubungan percintaannya bersama aktor Syafiq Kyle kembali menjadi perbualan netizen.
Hiburan

Masuk Kem Latihan Seminggu, Syafiq Kyle Kongsi Cabaran Ketuai ‘The Real’ Komando Dalam Takluk: Lahad Datu  – “Kami Dilayan Seperti…”

gempak
13/08/2024
11:55 MYT
Pelakon Syafiq Kyle menyifatkan kemunculannya dalam filem Takluk: Lahad Datu adalah antara tanggungjawab yang terbesar yang digalasnya sepanjang bergelar anak seni.
Hiburan

Syafiq Kyle Dedah Ada Pihak Skeptikal, Takut Filem Lakonannya Tak Meletup – “Kutipan Tinggi Itu Bukan Kerja Saya"

gempak
13/08/2024
06:55 MYT
Aktor Syafiq Kyle mendedahkan ada pihak yang melabelnya artis bermasalah sehingga ada pihak yang enggan mengambilnya bekerja kerana takut berdepan kerugian.