,
Hiburan

Kekal Tersenarai Antara 500 Muslim Berpengaruh, Siti Nurhaliza Anggap Penghargaan Selari Dengan Usaha Bantu Palestin - “Saya Ada Tanggungjawab Di Sana…”

Asyikin Mayudin
10/10/2024
09:25 MYT
10 tahun berturut-turut tersenarai dalam The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims bagi edisi 2025, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur atas penghargaan itu.

Penghargaan selari dengan usaha

Menurut Siti, penghargaan itu juga selari dengan usahanya dalam membantu rakyat Palestin yang berkait rapat dengan Yayasan Nurjiwa yang diusahakannya bersama suami, Datuk Seri Khalid Jiwa atau Datuk K.

“Alhamdulillah saya rasa bersyukur dan terharu untuk tersenarai dalam Top 500 Muslim paling berpengaruh di dunia. Itu satu penghargaan atas apa yang saya lakukan untuk agama juga.

“Walaupun kategori itu untuk anak seni tapi itu juga bersangkut paut dengan Yayasan Nurjiwa yang saya dan suami talah usahakan sehabis baik untuk mereka di Gaza, Palestin dan rakyat Malaysia juga yang terkesan dengan bencana alam. Saya lebih memikirkan ke arah itu,” kata Siti kepada Gempak.
Siti berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media konsert The Journey of Sound: Judika x Datuk Seri Siti Nurhaliza, di St Giles Boulevard, pada Khamis.

Lebih bersemangat

Tambah penyanyi lagu Cindai ini, dengan pengiktirafan yang dimiliki membuatkan dirinya lebih semangat untuk memikul tanggungjawab terus membantu menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan Malaysia yang memerlukan.

“Saya ada tanggungjawab di sana, saya masih ada anak angkat di sana. Malah, pasukan yayasan kami juga ada di sana untuk agihkan bantuan.

“Saya selalu berdoa pasukan saya terselamat dari apa-apa yang berlaku di sana supaya kami dapat terus menyalurkan bantuan kepada mereka,” jelasnya. Berdasarkan catatan buku yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre, Amman, Jordan itu, Siti turut tersenarai bersama individu berpengaruh seluruh dunia termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

ARTIKEL BERKAITAN:John Legend Sifatkan Siti Nurhaliza & Yura Yunita Penyanyi Hebat, Teruja Ditemani Di Konsert

ARTIKEL BERKAITAN:Aina Abdul Rupanya Nervous Menyanyi Lagu Siti Nurhaliza - “Kurik Kundi Paling Favourite! Mata Terkunci Dekat Prompter Takut Salah Lirik”

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Nurhaliza Tidak Kejar Gelaran Biduanita, Hanya Berkarya Demi Peminat - "Saya Tak Terlalu Fikirkan Tentang Ganjaran"

ARTIKEL BERKAITAN:Selamba Pergi Pasar Malam, Netizen Puji Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza - “Humble Betul, Senyum Jer Dekat Orang Kampung...”

ARTIKEL BERKAITAN:VIDEO: “Bonda Ratu Dah Buat, Terpelanting Semua” - Ramai Suka Parodi Geng Marhaban Datuk Siti, Comel Habis!

Selain Siti, penyanyi, Hafiz Hamidun turut tersenarai dalam pengiktirafan tersebut bagi kategori yang sama untuk mewakili negara Malaysia.
Menerusi hantaran yang tular di platform X, penyanyi lagu Sehebat Matahari itu sudah 10 tahun berturut-turut mengekalkan kedudukannya dalam senarai Top 500 Muslim paling berpengaruh di dunia itu bagi kategori seni dan budaya sejak tahun 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Rupanya Nervous Menyanyi Lagu Siti Nurhaliza - “Kurik Kundi Paling Favourite! Mata Terkunci Dekat Prompter Takut Salah Lirik”

gempak
17/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul akui gementar membawakan lagu Kurik Kundi nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

“Saya Suka Sebab Itu Saya Buat, Kalau Tidak…” - Siti Nurhaliza Jawab Tuduhan Netizen Kata Tak Ada Job

gempak
11/09/2024
04:55 MYT
Dengan nada yang lembut, Siti Nurhaliza meminta supaya peminat tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Hiburan

"Macam Mana Boleh Kata Datuk Siti Tak Ada Job" - Anak Tiri Siti Nurhaliza Tampil Bersuara

gempak
05/09/2024
06:55 MYT
Sudah lumrah dalam kehidupan buat la kebaikan macam mana pun pasti ada yang tidak suka.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
Hiburan

Layak Ke Grand Final WCOPA 2024 Di Hollywood, Umai Gementar, Sentiasa Ingat Pesan Datuk Siti - “Mak Iti Kata Jangan Malu, Berikan Sehabis Baik”

gempak
05/07/2024
04:55 MYT
Anak saudara kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umairah, 13, melakar sejarah yang tersendiri apabila ke peringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 yang berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, Sabtu ini.
BorakSeeni