,
Laman Utama

Kedai Kopi Popular Di Taiwan, HWC Coffee Kini Di Malaysia!

Syafiqah Jalal
31/03/2022
13:25 MYT
Rangkaian kepada kopi, HWC Coffee yang popular dari Taiwan yang juga merupakan pemenang pelbagai anugerah, telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Subplace semalam untuk membawa masuk jenama kopi itu ke Malaysia.
Berita baik buat penggemar kopi, kerana minuman berasaskan kopi terbaik dari Taiwan iaitu HWC Coffee ini bakal membuka 15 gerai kiosk dan kedai runcit di seluruh negara tahun ini, bermula di Pusat Beli-belah 1 Utama pada 1st April ini, seterusnya cawangan akan dibuka di Sunway Velocity, Aeon Taman Maluri, Sunway Putra Mall dan IOI City Mall sebelum memasuki pasaran Brunei menjelang akhir tahun ini.
Tidak ketinggalan buat penggemar kopi dan teh ‘bubble’ wajiblah berkunjung ke kiosk yang baru dibuka ini untuk menikmati minuman istimewa HWC Coffee iaitu Kopi Latte Susu Gula Perang Bubble (Brown Sugar Bubble Caffe Latte). Minuman yang memenangi pelbagai anugerah ini juga merupakan minuman paling laris di Taiwan.
Berbeza daripada minuman lain yang terdapat di pasaran, minuman inovatif ini menggabungkan kopi dan teh ‘bubble’. Brown Sugar Bubble Caffe Latte kini sangat popular dan menjadi minuman kegemaran ramai penulis blog yang mengesyorkannya di blog mereka. Semua harus mencubanya segera!
Selain Brown Sugar Bubble Caffe Latte, HWC Coffee juga menghidangkan lebih daripada 10 jenis minuman daripada siri kopi susu untuk memenuhi citarasa dan kemahuan para penggemar kopi. Untuk mencapai kualiti terbaik, HWC Coffee telah menemui susu yang dipadankan dengan sempurna dengan produknya, jesteru memberikan rasa yang lebih sesuai dengan selera tempatan.
Selain menawarkan kopi dan teh yang baru dibru, HWC Coffee memperkenalkan Nasi Hey – masakan yang menggabungkan nasi lemak Malaysia dengan bebola nasi Taiwan. Hidangan ini menggunakan nasi yang diperbuat daripada arang yang diselitkan dengan halia sitrus. Nasi Hey ini dihidangkan bersama sambal, ayam cincang, batang doh goreng, sosej dan telur, untuk membangkitkan selera anda.
HWC Coffee sedang memasuki fasa pertumbuhan yang ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2022, HWC Coffee telah menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan Subplace Malaysia untuk mempromosikan dan memasarkan kopi ‘specialty’ jenama HWC di seluruh Asia Tenggara.
Pihak HWC Coffee dan Subplace kedua-duanya telah mengatur strategi pertumbuhan tiga cara termasuklah membuka kedai di mana para pembeli boleh mengalami sendiri suasana membeli-belah yang tidak dapat dirasai di kedai dalam talian; menjual produk di semua platform utama jualan sama ada kedai mahupun di atas talian; dan menggunakan servis langganan Subplace supaya para penggemar kopi di Malaysia dapat menikmati kopi premium pada harga yang berpatutan.
Diasaskan oleh Penny Lim dan sekumpulan pakar dan penilai kopi ‘specialty’ yang dikenali juga dengan gelaran ‘coffee cuppers’, HWC Coffee kini mengusahakan lebih 70 kedai di Taiwan. Syarikat ini juga telah mendapat pengiktirafan halal daripada Persatuan Pembangunan Integriti Halal Taiwan dan merangkul Anugerah Jenama Halal pada tahun 2018.
Kopi ‘specialty’ merujuk kepada kopi yang telah mendapat penilaian kualiti lebih 80 mata. Menggunakan HWC Coffee No. 9 iaitu biji kopi klasik yang dinilai dengan 91 mata, HWC Coffee berikrar untuk menghidangkan kopi yang terbaik dan berkualiti tinggi kepada semua. HWC Coffee No. 9 menggunakan biji kopi yang didapati dari Colombia, Brazil, El Salvador dan Ethiopia. Kaya dengan aroma coklat dan kacang, HWC Coffee No. 9 memiliki keenakan rasa kopi yang terhasil daripada not-not buah anggur dan black currant, yang memberikan kenikmatan rasa yang berpanjangan.
Biji kopi berkualiti tinggi adalah kunci kepada penghasilan kopi bru yang terbaik. HWC memiliki sebuah ladang kopi di Panama, dan mengambil langkah yang ketat dalam memproses kopi dari proses memanggang biji kopi sehingga ke jualan setiap cawan kopi yang dihidangkan. Ini adalah untuk memastikan setiap cawan kopi yang dijual mematuhi piawaian terbaik. Dengan harga yang bermula daripada RM9, HWC Coffee menyasarkan untuk menjual kopi mampu milik walaupun dengan kedudukannya yang premium.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.
Keluang Man

Berarak Dari LRT Dang Wangi, 100 Keluang Man Edar Wonda Kopi Kepada Peserta Keretapi Sarong 2024

gempak
15/09/2024
07:41 MYT
Meskipun sudah melabuhkan tirai untuk edisi ke-8, kemeriahan acara Keretapi Sarong 2024 masih lagi terasa.
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Viral

Durian + Kopi, Pesakit Rebah Di Pintu Klinik! Dr. Samhan Kongsi Punca Keracunan Ringan

gempak
15/07/2024
00:01 MYT
Seorang pesakit rebah di pintu sebuah klinik kerana mengalami pening, rasa mual akibat pengambilan kopi selepas menikmati durian.
Viral

Tak Makan Pedas & Pernah Pakai Sut Pelindung Diri Dalam Pengangkutan Awam, Ini 10 Fakta Menarik Mengenai Soya Plan

gempak
14/06/2024
08:55 MYT
Siapakah Soya? Jom semak 10 fakta yang anda perlu tahu mengenai pempengaruh ini.